Sudah tunggu nombor sejak 3bulan, pernah kalah bidaan. Akhirnya Aida dpt beri hadiah istimewa utk anak

Berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan ALY554 (ALYSSA) yang dianggarkan bernilai RM44,444, penerbit Datuk A Aida berkata bidaan itu adalah hadiah untuk anak sulungnya yang baru menamatkan pengajian baru-baru ini.

Menurut Aida, dia sudah menunggu sejak tiga bulan lalu dan berniat untuk hadiahkan buat anaknya Wan Az Aleesa selepas tamat pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Saya sudah tunggu nombor itu sejak tiga bulan lalu dan memang sudah niat untuk hadiahkan kepada Aleesa selepas konvokesyen tempoh hari. Sebelum ini saya pernah kalah bidaan nombor pendaftaran ALL154 juga nak dihadiahkan kepadanya.

“Jam 10 malam tadi saya sudah mula duduk depan komputer. Apabila mula saja bidaan, saya terus masuk. Alhamdulillah, niat ini dipermudahkan. Malah, ketika itu Aleesa yang ada bersama turut teruja,” katanya.

Hanya ‘pejam mata’ dengan jumlah bidaan tersebut, Aida berkata baginya nilai dan kasih sayang itu adalah lebih penting.

Anak Setuju Sambung PHD

“Walaupun jumlah besar, tapi saya puas hati. Bagi saya ini memberikan nilai dan kenangan tersendiri di mana akan kekal sampai bila-bila.

“Dalam masa sama, saya hadiahkan nombor ini kerana Aleesa bersetuju untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) selepas ini. Kalau ikutkan dia nak terus bekerja, tapi selepas dipujuk dia okay,” katanya

Anak-Anak Tiada Dend4m Terhadap Ameng

Dua anak perempuan Ameng (Spring) hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Az Aleesa, 20, dan Wan Azevanatassha, 15, berazam untuk meluangkan lebih banyak masa bersama bapa mereka selepas dibebaskan dari penjara pada 14 Jun lalu.

Wan Az Aleesa berkata, dia dan adiknya ingin menebus kembali waktu yang terbuang sebelum ini selain mengenali lebih rapat bapa mereka.

“Selepas mama dan papa bercerai kami jarang bertemu dengannya dan apabila papa dimasukkan ke penjara saya mula tersedar bahawa kami jarang menghabiskan masa dengannya.

“Jadi sekarang adalah masa untuk saya, adik dan papa menebus kembali masa yang telah terbuang sebelum ini malah mama juga tidak pernah menghalang kami bertemu dengannya.

“Mama sentiasa ingatkan kami malah tidak pernah memutuskan hubungan kami dengan keluarga ayah dan sering melawat nenek di kampung.

Ameng bertemu buat kali pertama dengan dua anak gadisnya selepas dibebaskan daripada penjara pada 14 Jun lalu.

“Alhamdulillah papa pun beritahu ada merancang untuk mencari rumah yang dekat dengan kediaman kami supaya senang kami datang,” katanya kepada mStar Online.

Wan Az Aleesa ditemui ketika hadir pada sidang media Konsert 3 Suara yang menampilkan Ameng, Datuk Jamal Abdillah dan Zamani di Bangunan Umno Selangor di sini, Jumaat lalu.

Ia juga merupakan pertemuan kali pertama mereka bersama Ameng sejak penyanyi itu dibebaskan dari Penjara Kluang pada 14 Jun lalu selepas lima tahun ditahan akibat penyalahgunaan dadah.

“Papa menjemput kami hadir pada sidang media itu dan papa terkejut melihat kami berdua kerana tidak menyangka kami sudah besar panjang.

“Sebelum ini pernah beberapa kali cuba jumpa papa di penjara tetapi selalu ada halangan seperti papa tiada di penjara kerana ada aktiviti penjara namun sepanjang tempoh itu setiap hari Sabtu papa akan telefon bertanya khabar,” katanya.

Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha adalah anak Ameng hasil perkongsian hidup bersama penerbit drama, Datuk A. Aida yang berkahwin pada 1995 namun pasangan itu berpisah pada 2003.

Ameng bersama anak-anak dan isterinya, Sabariah Zakaria.

Dalam pada itu, Wan Az Aleesa berkata, dia tidak pernah menyimpan dendam atau perasaan marah terhadap Ameng dan menganggap kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai sejarah.

“Saya tidak pernah rasa marah dengan papa kerana semua orang pernah melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.

“Saya kenal papa saya dan bukan hanya kerana satu kesalahan itu pandangan kami dua beradik terus berubah terhadapnya.

“Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan,” ujarnya.

Ameng mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sabariah Zakaria, 46, iaitu Wan Ahmad Haizal yang berusia 9 tahun.

SUMBER HARIAN METRO

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*