Terbaru Nonny Nadirah Pegang Burung Merpati

Sehari sebelum menjelang ramadhan, Nonny Nadirah sekali lagi mencetuskan tanda tanya ramai pihak menerusi perkongsiannya di Instagram. Nampaknya Nonny dah tak kisah ‘teguran’ rakan.

Pelakon cantik Nonny Nadirah sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila memuat naik foto seksi seorang wanita yang sedang ‘berendam’ di dalam besen. Namun Nonny mengambil pendekatan berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pegang Burung Merpati

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Stories, Nonny memuat naik video seorang wanita yang mengenakan pakaian seakan pareo yang berwarna merah tetapi menutup bahagian bahu serta lengannya dengan cardigan berwarna putih.

Pada bahagian wajahnya pula, diletakkan sticker rama-rama serta memegang burung meparti putih sambil tersenyum. Di bawah video terbabit, terselit pesanan ringkas ‘tc’ yang ditulis olehnya yang bermaksud take care ataupun jaga diri.

Memuat Naik Emoji Merpati Putih Dikelilingi Emoji Love Serta Cili Merah

Selain memuat naik video berkenaan, pelakon cantik ini juga membuat Instagram Stories dengan memenuhi emoji burung merpati putih serta dikelilingi emoji love dan seterusnya emoji cili merah dengan kapsyen ‘Honey Bee’.

Sejak kebelakang ini, tingkah lakunya telah membuatkan ramai pihak risau mengenai keadaannya dan sampai sekarang masih tiada lagi penjelasan dari pihaknya.

Video penuh :

Sumber : nonnynadirah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*