Aja.I, m4ut, jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Ilahi.
Tiada siapa menyangka seorang lelaki menghmbuskan nfas terakhirnya di bumi asing ketika merantau jauh demi mencari rezeki buat keluarga.
Namun di sebalik pemergian itu, terdapat kisah menyayat hati yang dikongsi oleh Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jnazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.
Mengimbas kembali peristiwa itu, beliau berkata, skuadnya menerima satu kes kem4tian seorang lelaki warganegara India di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 6 April lalu.
” Arwh meninggI dnia sendirian pada hari Jumaat, 26 Mac 2021 dalam bilik sewanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kerana ser4ngan angin ahmar,” katanya menerusi satu posting di Facebook Skuad Pengurusan Jnazah Malaysia (SPJM).
Lebih dikenali sebagai Ustaz Rafie, beliau berkata, kem4tian lelaki tersebut hanya disedari rakan sekerja yang ketika itu mahu mengajaknya pergi menunaikan solat Jumaat di masjid.
” Kata rakannya, arwh tidak pernah lambat pergi solat Jumaat. Selalunya dialah yang terawal akan keluar dari bilik sewanya menuju ke masjid.
” Asbab amalannya yang menjaga waktu solat, Allah menggerakkan hati rakannya untuk melihat arwh pada hari kemat1annya.
” Jika rakan arwh tidak menjenguknya, sudah tentu jasadnya akan terbiar kaku dan merepvt dalam biliknya. Allahuakhbar,” katanya.
Menurut Ustaz Rafie, arwh bekerja sebagai pencuci kereta di sebuah pusat mencuci kereta dan berasal dari keluarga yang miskin di India dan tiba di Malaysia seorang diri demi mencari rezeki.
” Jasad arwh disimpan dalam peti m4yat HKL sementara menunggu urusan dokumentasi di Kedutaan India yang diselesaikan oleh satu badan bukan kerajaan (NGO) India Muslim.
” Isteri arwh di India reda jasad suaminya disemadikan di Malaysia. Kami menguruskan jnazah arwh di Kontena Wakaf SPJM,” katanya.
Tambah beliau, jnazah selamat disemadikan di Tanah Perkubvran Islam Sungai Pusu, Gombak selepas waktu Asar 6 April lalu dan segala kos pengurusan jnazah ditanggung pihak SPJM atas bantuan dan ihsan orang ramai.
Sementara itu menerusi perkongsian di FB, pihak SPJM turut memohon rayuan bagi kos bayaran untuk tanah perkubvran sebanyak RM600.
Bagaimanapun berdasarkan semakan terkini, kutipan sudah mencukupi.
” Semoga r0h almarhum Sikkenther Basha Sathikbasha ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin.
” Segala kos pengurusan jnazah ditanggung pihak SPJM. Hanya tinggal kos bayaran untuk tanah perkubvran sebanyak RM 600 sahaja masih belum diselesaikan.
” Alhamdulillah, kutipan sudah mencukupi. Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Semoga diberkati Allah SWT” tulis SPJM.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata ntizen mengucapkan takziah dan mendoakan roh Allahyrham.
” Innalillahi wainna ilaihirojiun.. Semoga rohnya dilimpahi rahmat Allah swt dan ditmptkan dikalangn orang-orang soleh aamiinn Ya rabbal Alamin..” tulis Anep.
Sumber:mstar
Leave a Reply