Anak Rita Rudaini Disiindir Tak ‘M0ve On’

Baru-baru ini, pelakon berusia 45 tahun itu memuat naik sebuah ‘posting’ berkongsi perkembangan anaknya, Airit Rayyan Rizqin di laman Instagram.

Ramai tahu bahawa pelakon jelita Rita Rudaini adalah seorang ibu tunggal yang kini membesarkan dua orang cahaya mata bersamanya.

Anak diberi tugasan siapkan ‘family tree’

Biarpun mungkin agak janggal kerana Rita dan bekas suaminya, pemain bola sepak terkenal Aidil Zafuan Abdul Razak sudah lama bercerai, bintang Shah Alam 40K itu bersikap profesional dengan meletakkan gambar lelaki itu dalam carta keluarga anaknya.

Menerusi ‘posting’ itu, Rita memberitahu anaknya itu diberi tugasan oleh gurunya untuk membuat carta keluarga atau ‘family tree’ beserta gambar.

“Family tree lagi… Mommy sebenarnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy.. Tapi mommy takut ticer adik pengsan pulak,” tulis Rita secara berseloroh di ruangan kapsyen.

Kita pula yang nangis

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata terhibur membaca kapsyen ditulis oleh Rita. Ramai juga berasa sebak saat melihat gambar anaknya itu.

Sebak tengok gambar bapa ditampal

‘Move on’ lah, lelaki tu dah ada isteri

Dalam pada itu, ada juga netizen sempat mengecam perkongsian tersebut di mana dia menyfatkan Rita masih belum ‘move on’ dari bekas suami.

Dia cuma nak gembirakan anak

Menganggap komen berkenaan sebagai tidak wajar dan biadab, ramai pengikut Rita mempertahankan artis kelahiran Perlis itu dengan ‘menyekolahkan’ kembali individu terbabit.

Cikgu suruh buat carta keluarga takkan nak ambil gambar lelaki lain?

Biarlah, tu bapa anak dia!

Ada hak letak gambar ayah walaupun jasad tiada bersama

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Namun jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bercerai pada tahun 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki diberi nama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Kredit : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*