Lamar Isteri Guna 2 Keping Bitcoin Bernilai Lebih RM450 Ribu Sebagai Hantaran

Hantaran kahwin dalam bentuk mata wang kripto Bitcoin.

Sebut sahaja Indonesia, ada sahaja kisah unik yang tular dalam kalangan rakyatnya sehingga menjadi liputan media. Mungkin bagi kita terasa pelik tapi jika itulah budaya mereka, siapalah kita untuk menafikan?

Sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Makassar pada awal April lalu, tular apabila memberikan hantaran kahwin dalam bentuk mata wang kripto Bitcoin.

Kisah itu menjadi tular di media sosial selepas pengacara majlis terbabit, Mismaya Alkhaerat membuat satu hantaran di akaun Facebooknya.

Menerusi hantaran yang dikongsi itu, dia memaklumkan bahawa pengantin lelaki, Raja Muhammad Hasbi datang ke majlis berkenaan dengan membawa hantaran berupa dua keping Bitcoin bernilai kira-kira 1.6 bilion Rupiah (anggaran RM451,167.80).

“Ya betul, Puan Tenri dilamar dengan dua Bitcoin sebagai wang hantaran. Satu bitcoin harganya 800 juta Rupiah (RM225,583.80), selain itu mahar tiga keping emas, sepasang barang kemas dan satu set kelengkapan solat,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua pengantin itu sudah lama melakukan pelaburan menggunakan Bitcoin. Cinta kedua-dua mempelai itu mula berputik ketika mereka berdua pergi ke Jakarta pada 2019 lalu atas urusan perniagaan matawang digital tersebut.

“Kebetulan saya dan suami sering membuat pelaburan menggunakan bitcoin sejak 2019 dan mempunyai simpanan di akaun,” kata pengantin perempuan, Bau Tenri Abeng.

Katanya, dia tidak mahu dua keping Bitcoin itu dicairkan sebaliknya terus dimasukkan ke akaun miliknya.

Mata wang kripto seperti Bitcoin, Ripple , Litecoin dan Ethereum mungkin sudah tidak asing lagi di telinga para pelabur di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Populariti Bitcoin yang melambung tinggi kerana kadar pertukarannya yang melonjak, menyebabkan ramai mula menjadikannya sebagai pelaburan.

Namun di Malaysia, mata wang kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) dan individu yang melabur dalam mata wang itu perlu tahu risiko dihadapi.

Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian mapan disediakan untuk institusi kewangan yang dikawal selia sekiranya berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian seperti yang dinyatakan Bank Negara Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber : kompas

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*