Menerusi posting tersebut, dia yang kebetulan sedang menunggu pesanan pada mulanya ternampak seorang lelaki did4kwa mengeluarkan kata-kata kes4t kepada pekerja KFC dipercayai akibat tersalah menyediakan ‘order’.
Seorang penghantar makanan, Affiq Azizi berkongsi satu posting video di Facebook memaparkan seorang pelanggan did4kwa ‘mem4rahi’ pekerja sebuah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di Klang, tengah hari tadi.
“Aku masuk KFC memang kosong kecuali ada sorang lelaki berbangsa India. Elok je aku masuk nak amik order aku dengar dia cakap pada pelayan KFC tu “u bodoh ke? Tak tau macam mana banyak macam mana sikit ke?”..,” tulisnya.
Atas dasar belas kasihan kerana pekerja KFC itu hanya mampu mendiamkan diri, Affiq kemudian menegur tindakan lelaki tersebut agar menghormati pekerja beragama Islam yang sedang berpuasa.
‘Shift’ Foodpanda aku tengah hari, tiba2…
“Kesian pada pelayan KFC tu yang diam tatkala dia kena marah, aku terus sound brother tu “abang, cakap baik sikit bang, itu orang islam. Dia puasa. Respek sikit. Banyak langsi lu punya bahasa”,” katanya.
Affiq mend4kwa lelaki berkenaan sempat meminta maaf dan tidak lama selepas itu, tiba-tiba muncul seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki terbabit.
“Aku cakap la, memang dia salah tapi sekurang-kurangnya cakap elok2. Bulan puasa ni mungkin dia memang letih ke apa.
“Selang beberapa minit, dia hantar bini dia pulak untuk s0und aku. Bini dia kata kenapa u mau backup pelayan KFC ni? Aku cakap of course saya backup sebab dia orang Islam.
“So wajib bagi aku untuk mempertahankan dia. Dia bising2 kat kaunter dan masa keluar korang boleh dengar dia cakap “bod0h” “puasa punya orang bod0h” . Semakin mel4mpau,” ujarnya.
Posting itu mendapat perkongsian hampir 700 kali dan ratusan komen netizen yang rata-rata turut meluahkan rasa kurang senang terhadap pasangan tersebut.
Namun, tidak adil sekiranya mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Diharapkan pasangan itu boleh tampil memberikan penjelasan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Sumber: Facebook Affiq Azizi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://depakalut.com/
Leave a Reply