Kredit foto: IG
Meletakkan dirinya sebagai rakyat, penyanyi dan pelakon itu berkata dia melihat pelbagai perubahan dialami Malaysia sejak dilanda pandemik Cov1d-19 tahun lalu.
“Kita nampak perubahan ketara, ada baik buruknya kepada rakyat terutama mereka yang betul-betul terkesan sehingga terpaksa melakukan dua atau tiga kerja untuk meneruskan kehidupan. Malah, hingga ada yang terk0rban nyawa seperti penghantar makanan misalnya,” katanya kepada Gempak.
Kredit foto: Twitter
Naim bagaimanapun, menjelaskan bahawa dia tidak ‘pukul rata’ kenyataannya itu terhadap mana-mana pihak secara khusus.
“Sebagai rakyat, kita punya suara untuk apa yang berlaku. Tapi saya tidak pukul rata mana-mana pihak, namun kita tahu siapa yang lakukan tugas atau siapa yang melakukan tugas sambil lewa. Ini soal tanggungjawab.
“Apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat. Suka atau tidak, kita semua sedar apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa rakyat,” ujarnya.
Kredit foto: IG
Katanya, rakyat tidak akan sembarangan meluahkan perasaan kalau mereka tidak merasakannya. – CARI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : CARI
Leave a Reply