Alhamdulillah Aafiyah Dah Dapat Adik, Datuk Siti Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi hari ini.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh pihak Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd menerusi satu kenyataan akhbar di akaun Instagram milik Siti.

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Khalid atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah S.W.T.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti dan Datuk K berkahwian pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.keramatviral.com/2021/04/19/alhamdulillah-aafiyah/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*