“Apa K3s Sampai Pec4hkan Cermin Kereta Orang?” – Dek Kerana Satu Video Tular, Joe Flizzow Terkena ‘Tempias’

Kita semua tahu akan kewujudan ‘pelanduk dua serupa’ di mana kita akan berjumpa dengan individu lain yang seakan sama dengan rupa fizikal kita. Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Jabatan Netizen Malaysia mengenai seorang individu yang sedang berg4duh sehingga memec4hkan cermin kereta orang lain seakan-akan menyerupai penyanyi Hip Hop tanah air, Joe Flizzow.

Video yang tular di Twitter itu telah mendapat perhatian wargamaya sehingga nama ‘Joe Flizzow’ menjadi trending di Twitter pada pagi ini. Menerusi video tersebut, rata-rata daripada mereka berkata bentuk rupa lelaki tersebut seolah-olah sama dengan Joe. Lebih menghiburkan lagi apabila ada di kalangan mereka yang berkata lelaki tersebut adalah ‘klon’ Joe yang dibeli daripada tempat membeli barang online terkenal.

Menurut kenyataan Polis Diraja Klang, kes video tular samvn ini dipercayai berpunca daripada kereta Honda Civic yang dinaiki oleh 4 (L) Melayu itu telah mel4nggar kereta  seorang warga Cina bersama sepupunya di daerah Klang Selatan, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Bin Ramli, keempat-empat svspek Melayu tersebut didapati positif d4d4h jenis meth4mphet4mine. 

Meninjau di Twitter, terlalu banyak gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menyerupai Joe itu. Macam-macam ragam eh warga Twitter ini. Majoriti daripada mereka sangat kreatif sehingga boleh membuat nama baru untuk ‘kl0n’ Joe itu. Pecah perut baca gelaran nama-nama yang ada. Terhibur betul!

Apa-apa pun, semoga Joe tak terkejut pagi ini apabila namanya tiba-tiba tular di media sosial. Jangan nanti ada yang ingat Joe buat ‘g1mik’ untuk promosi lagu baru sudah…Hiks!

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kool Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*