Media Sosial Heb0h Lepas Tunku Azizah Nyah Aktif IG

Setakat laporan ini ditulis, tanda pagar #DengkiKe sohor di Twitter di Malaysia dengan 9,269 tweet setakat ini.

Pengguna media sosial di Malaysia terkejut setelah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Tanda pagar itu merujuk kepada komen Raja Permaisuri Agong di akaun Instagramnya, tidak lama sebelum akaun @airtangan_tunkuazizah dinyahaktifkan.

Tangkap layar komen yang dikongsi secara meluas itu disertakan keterangan tentang aktiviti petang Tunku Azizah di dapur bersama cef istana.

Seorang pengguna media sosial kemudian bertanya adakah tukang masak istana telah divaksin, yang kemudian dikatakan dijawab Tunku Azizah dengan “Dengki ke?”.

Mengulas tangkap layar itu, beberapa pengguna media sosial mengkritik komen yang didakwa ditulis oleh Tunku Azizah.

Sejak petang tadi, pautan ke akaun Instagram berkenaan tidak dapat dibuka.

Perkembangan ini hadir selepas laporan Asia Sentinel yang mendakwa bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperoleh lebih 2,000 dos vaksin Sinopharm Covid-19 dari Putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernama “Mohamed Nayan” untuk rakan dan keluarganya.

Vaksin ini belum diluluskan oleh Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional untuk digunakan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, serta menuduh Asia Sentinel cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: trendingsgt

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*