Vokal kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Leez Rosli telah pun selamat bersalin anak kedua mereka pada jam 8.30 pagi tadi.
Aepul, 33, berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
“My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah bintang ini turut berkongsi dua keping foto bayi lelaki yang baru dilahirkan itu.
“ I’ve got a new rocking partner,” tulisnya dalam satu hantaran lainnya pula.
Perkongsian itu juga nyata membuatkan para peminat serta rakan selebriti tumpang sama ucapkan syukur seterusnya mendoakan agar ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Saffiya Alisha.
Foto: Instagram Aepul Roza.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingkini.pw/lengkap-sepasang-aepul-roza-maklum-leez-rosli-selamat-bersalin-bayi-lelaki-selamat-melahirkan-anak-kedua-kami/
Leave a Reply