Ramai Terkejut Dengan Perubahan Ketara Sherry Alhadad. Memang Lain Dari Yang Lain

Rasanya nama selebriti wanita yang serba boleh ini tidak perlu diperkenalkan lagi apabila Sherry Alhadad bukan sahaja bergelar pelakon malah dia juga sangat aktif sebagai seorang pengacara yang disenangi ramai.

Biarpun begitu, sejak beberapa hari ini perkongsian Sherry Alhadad diruangan Instagram peribadinya mencvri tumpuan peminat dan pengikut berikutan ramai yang mulai perasan dengan penampilannya.

Ini kerana, Sherry Alhadad dilihat semakin kurus daripada sebelum ini malah melalui fotonya bersama penyanyi, Han Byul juga mengundang rasa teruja peminat melihatnya itu.

Namun begitu, sekeping foto terbaharu dimuat naik Sherry Alhadad ini bukan sahaja mendapat pujian peminat dan pengikutnya tetapi ramai rakan selebriti meninggalkan pelbagai reaksi mereka terhadap foto terbaharu yang dimuat naik itu.

Sherry & Han Byul

Foto tersebut memaparkan Sherry Alhadad mengenakan baju kurung dan ternyata gara- gara perkongsian itu pengacara rancangan Muzik Muzik itu menerima ratusan reaksi diruangan komen.

Kelihatannya rakan selebriti seperti Awal Ashaari, Lisa Surihani mahupun beberapa selebriti yang lain memberikan pujian buat Sherry Alhadad dimana dilihat semakin kurus.

Biodata

1. Nama penuhnya, Shariffah Mariam binti Syed Abdullah Al Hadad. Popular sebagai Sherry Alhadad.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 November 1984.

3. Kediamannya terletak di Taman Melati Selangor.

4. Kini berusia 35 tahun.

5. Berdarah keturunan Terengganu (bapa) dan Sarawak (ibu).

6. Anak bongsu daripada empat adik-beradik

7. Merupakan ibu saudara kepada pelakon Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.

8. Bekas penuntut Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati dan Akademi Seni Kebangsaan (peringkat Diploma).

9. Pemegang Ijazah Seni Persembahan Teater daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kini berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang teater di pusat pengajian sama.

10. Bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2006.

11. Bergelar pengacara, pelakon dan pelawak.

12. Antara drama lakonannya seperti 7 Ramadan, Misiku Kuza, Suami Sebelah Rumah, Cinta 100kg, Ahli Mesyuarat Tingkap, Bas Stop dan Misteri Wan Peah.

13. Juga telefilem Sutun 2, Rampas, Seratus Harijadi, Oh My English!: Villa Isabellaaa, Nostalgila, Aku, Dia dan Tong Gas, Yam Melaram dan Hantu Rumah Sak1t J1wa.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Kolumpo, Rembat, My Stup1d Boss, Gol & Gincu Vol. 2 dan Bikin Filem.

15. Tidak ketinggalan, teater Atap Genting Atap Rumbia pada 2004.

16. Sebagai hos, beliau memegang peranan mengacarakan program Rockanova, Big Stage, Drop The Beat, Muzik Muzik, Melodi, Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), The Sherry Show dan Perang Bibir.

17. Penangan popularitinya, pengikut Instagram Sherry terus melonjak sehingga kini mencapai angka 836,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Himpunan Cerita Lawak / iLLUminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*