1su Dedah Wajah Adik, Asyraf Khalid & Tya Ariffin Mohon Maaf. Ini Jawapan Balas Dato Siti

Kuala Lumpur: “Kami sudah minta maaf pada Mak Iti (Siti),” kata anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin.

Ia susulan tindakan pasangan itu memuat naik video di Instagram dan laman YouTube yang memaparkan suasana di hospital tempat Siti bersalin pada 19 April lalu sehingga menimbulkan perd3batan mengenai 1su pel4nggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan netizen.

“Kami berdua sudah berhubung dengan Mak Iti menerusi Whatsapp dan panggilan telefon. Kami juga sudah meminta maaf kepadanya. Alhamdulillah hubungan kami baik-baik sahaja.

“Cuma, Mak Iti berpesan, jadikan perkara ini sebagai iktibar pada masa akan datang,” kata mereka.

Dalam pada itu, Asyraf berkata dia dan Tya akan bertemu dengan Siti pada hujung minggu ini.

“Insya-Allah, kami akan bertemu dengan Mak Iti dan ayah pada minggu ini. Kami juga ingin meminta maaf kepada semua jika 1su ini mengguris hati banyak pihak.

“Apa yang terjadi bukan salah Mak Iti. Salah itu datang daripada kami. Kami berharap agar 1su ini tidak dipanjangkan dan Mak Iti dapat berpantang dengan tenang dan baik,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Asyraf bersama individu lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain patuh dengan SOP ditetapkan sepanjang berada di hospital tempat Siti bersalin.

Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam di Instagram dan saluran YouTube Tya Ariffin Family.

Dato Siti hanya menujukkan tangan anak, tidak wajah penuh seperti di lakukan oleh anak tirii beliau

Rata-rata netizan meng3cam tindakan Asyraf tersebut

“tak hormt mak tiri.. mak tiri tu pun mmg baik sangat orgnya diam je dia… biar 1 malaysia dah tgk gbr anak dia pun, tetap dia post gbr tgn je kt ig.. aku tak duduk sebumbung tgk posting dia pun blh agak la asyraf oi

“Nk bt content pun jgn sampai mndahului ibubapanya..minta izin dulu..walau adik sendri..nk kjar view sgt..

Dalam pada itu, pihak Siti juga mengharapkan kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan akan mengurniakan rezeki serta rahmat Allah.

Penyanyi lagu Kuasa Cintamu itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk K pada 2006. Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah juga hasil proses IVF selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga selepas pernah kegvguran pada November 2015.

Berikut kenyataan penuh pihak Dato Siti di IG rasmi beliau

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bers4lin bayi lelaki.

Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat mel4hirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pemb3dahan.

Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat mel4hirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti mel4hirkan.

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

-Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Limau Asam Boi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*