“Makin Dibaca Al-Quran Itu, Makin Aku Yakin Bumi Ini Datar”

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram Suhaimi masih tetap dengan pendiriannya bahawa bentuk bumi muka bumi adalah datar.

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai yang tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan bumi ini datar.

“Makin dibaca Al Quran itu, makin aku yakin bahawa bumi ini datar. Banyak ayat yang jelas menjadi bukti dan hujjah bagi orang-orang yang benar benar mahu berfikir. Dari surah Al-Baqarah, Al-Hijr, Al-Kahfi, Annazi’at, Al-Mulk dan banyak lagi.

“Dari kisah Zulqornain, pergerakan bulan dan matahari, pergerakan awan, qiblat, keseimbangan ciptaan Allah, kisah israk mi’raj, firaun dan nabi Musa, termasuklah kisah nabi Yusyak, hadis hadis nabi tentang bumi sampailah ke tajuk mahsyar,” ujarnya.

Terdahulu, Suhaimi pernah mencetuskan kontroversi apabila mencabar mencabar angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi itu bulat sfera.

Ujarya lagi, jika angkasawan negara itu berani berbuat demikian, dia akan berhenti untuk membuat kajian berhubung hal tersebut dan akan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bahawa bumi ini sebenarnya rata.

Artikel Sebelum nya,

“Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa..” – Suhaimi Saad.

Tindakan usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan kompaun RM50,000 disambut baik oleh peniaga burger Wan Mohd Faisal Wan Kadir, semalam.

Bagi penyanyi Suhaimi Saad pula, dia menyatakan sokongan penuh kepada bekas pengacara MeleTOP itu kerana mempunyai rasa empati terhadap nasib Wan Mohd Faisal atas kesalahan berniaga melebihi had masa.

Menerusi laman Instagram, bekas anggota kumpulan In-Team itu berkongsi sebuah paparan skrin berita mengenai isu berkenaaan dan menyuarakan pendapat peribadinya di ruangan kapsyen.

“Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa. Sebab Lofa ada otak dan hati,” tulisnya.

Menerusi penulisan tersebut, dia juga membuat perbandingan antara sikap Neelofa dan segelintir pemimpin dengan mendakwa mereka memikul jawatan serta tanggungjawab sambil lewa.

“Time pilihan raya bukan main berjanji. Nak tegakkan Islam lah. Nak tegakkan keadilan lah. Nak bela Melayu lah. Nak bela rakyat lah.

“Kau ingat hidup dan jawatan kau tu main² ke.. rakyat akan tuntut tau tak. Tuhan akan balas,” luahnya.

Tangkapan skrin Cari Forum, dari tahun 2018.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah mengenai Wan Mohd Faisal yang didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.

 

 

Dalam masa sama, Neelofa nafi menyindir peniaga itu dengan berkongsi gambar berserta kapsyen, ‘moreh burger malam ni meh’ selepas didenda RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu majlis akad nikahnya, bulan lalu.

 

Sumber: Instagram Suhaimi Saad , Cari Forum.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*