Ayda Jebat Nyaris Gugvr Sebab Sikap Individu Tak Bertanggungjawab

Pada 28 April lalu, pasangan suami isteri Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengumumkan berita gembira mereka  bahawa tidak lama lagi mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Berita itu telah disahkan sendiri oleh Ayda di laman Instagram miliknya dan memohon supaya semua peminat dapat mendoakan kandvngannya yang sudah memasuki usia empat bulan.

Namun, dalam kegembiraan mengenai berita tersebut telah terselit satu situasi yang mana dikatakan Ayda nyaris kegvguran ketika awal keham1lannya sebelum ini.

Itu semua disebabkan berita keham1lan tersebut tersebar terlebih dahulu sebelum mereka berdua mengesahkannya sendiri.

Menerusi posting terbaharu Nabil di laman Instagram miliknya, beliau memberitahu bahawa penul4ran berita berkenaan bermula daripada seorang wartawan sebuah portal hiburan yang secara terbuka menulis tentang keham1lan Ayda tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

“This is the story, Ayda bleeding selepas portal yang tak bertanggungjawab keluarkan news tentang keham1lan ayda. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand. Belum sempat Ayda & @xenoentertainment susun jadual (kerja diselang seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang ham1l di peringkat awal), berita dah tersebar dengan mengejut, jadual bertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back.”

Tambah Nabil, Ayda turut dicucuk beberapa kali ketika di tah4n di sebuah hospital sehingga membuatkan Nabil sendiri tidak sampai hati melihatnya.

Rata-rata pengikut mereka di Instagram terkejut dengan berita tersebut dan turut mendoakan semoga Ayda terus kuat demi anak dalam kandungan.

Walaupun berita yang tular sebelum ini sememangnya benar belaka, ada lah lebih baik sekiranya ia disahkan sendiri oleh tuan empunya badan sebagai tanda kita menghormati mereka.

Apa pun, tahniah sekali lagi buat Ayda dan Nabil!

 

Sumber foto: Instagram Nabil Mahir

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber:HOTFM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*