Pernah Dikaitkan Dgn Mamat Sepah, Rafidah Ibrahim Selamat Bernikah

Kuala Lumpur: Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau Fida, 35, melangsungkan pernikahan dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, jam 3.30 petang, semalam.

Pasangan yang sudah berkenalan sudah lebih 10 tahun itu bernikah di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, dalam majlis yang sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Fida berkata, dia bersyukur kerana hasratnya mahu bergelar isteri dan bernikah dengan lelaki pilihan akhirnya menjadi kenyataan.

Dia juga bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar.

“Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi pand3mik c0v1d-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya juga mohon doakan kebahagiaan kami yang mengikat ikatan perkahwinan pada bulan Ramadan ini. Semoga dengan doa-doa baik diberikan akan mendapat rahmat dan berkat Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fida, apa yang lebih bermakna buatnya lagi ialah dapat memakai baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahyarham ibunya.

“Walaupun arwah mak sudah meningg4l dvnia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.

“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.

“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat. Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arw4h mak untuk majlis nikah saya,” katanya.

Fida yang sebelum ini tidak berkongsi siapa calon suaminya berkata, dia berbuat demikian kerana menghorm4ti permintaan keluarga.

Lagipun, tidak bagus terlalu dihebahkan begitu awal.

Enggan berkongsi jumlah wang hantaran diterima, Fida berkata, cukuplah kini masyarakat tahu dia sudah bernikah dan kini berstatus isteri orang.

Katanya, paling utama hubungan itu direstui Allahy4rham ibunya sebelum men1nggal duni4 pada 4 Mei 2017.

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Dia juga popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Fida tolak lamaran, wang besar

Terdahulu Dugaan darah manis bakal pengantin, itulah yang boleh dikata mengenai pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, sejak mendedahkan perancangan perkahwinannya, tidak lama lagi.

Fida menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan seorang lelaki menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya mengajak berkahwin serta menawarkan jumlah wang yang besar.

Menolak dengan cara baik, Fida memohon maaf kepada lelaki itu dengan mengakui dia sudah bertemu pilihan hati sendiri dan tidak memerlukan tawaran berkenaan.

“Maaf, saya dah ada imam pilihan saya sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih di atas niat suci awak itu. Saya dah ada pilihan hati saya, Insya-Allah.

“Sebelum salah faham, biar saya jelaskan sudah beberapa kali jadi macam ini, sampai ada yang nak cari famili. Bila dah ‘accept’ di DM, rupanya jadi panjang lebar,” katanya.

Menurut Fida, dengan perkongsuan dibuat itu dia kini berharap takkan ada lagi mesej sebegitu yang akan diterimanya di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*