“Rumah Kami Sunyi…” – Setahun Jadi ‘Anak’ Pasangan Tiada Zuriat, Titam ‘Pergi’ Ketika Tuannya Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

Menurut Mohd Nur Azeem Jifri, dia dan isteri, Nurul Safika Safri, masing-masing berusia 25 tahun, masih lagi sukar untuk menerima pemerg1an itu biarpun sudah dua bulan ia berlalu.

KEHIDUPAN pasangan suami isteri ini ternyata sunyi selepas salah seekor kucing peliharaan mereka m4ti akibat j4ngkitan kvman dalam d4rah pada Mac lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Jim mengakui kehadiran kucing yang diberi nama Titam itu sangat bermakna sepanjang setahun ia dibela.

“Kami dah tiga tahun kahwin, tak ada rezeki anak. Jadi kami bela kucing. Dah ada dua ekor, kemudian kami bela pula Titam sejak Februari tahun lepas.

“Keluarga saya pun jenis bela kucing, tapi biasanya semua kucing tak suka saya. Titam ni lain, dia boleh rapat dengan saya. Makan, tidur, tengok televisyen bersama,” ujarnya.

Menurut Jim, Titam mula menunjukkan perubahan pada Februari lalu sebelum kesihatannya semakin mer0sot.

Titam m4ti akibat j4ngkitan kvman dalam d4rah pada Mac lalu.

Akhirnya, dia dan isteri gvgur air mata apabila menerima perkhabaran kucing kesayangan mereka m4ti ketika menerima r4watan di sebuah klinik.

“Sebulan sebelum m4ti, Titam dah mula kurus. Kemudian Titam makin tak akfif, tak nak tidur dengan kami. Kami hantar ke klinik dan Titam dit4han selama empat hari.

Walaupun saya jenis kas4r dan serius, saya boleh menangis kerana kucing.

JIM

“Masa kami melawat, Titam langsung tak menyahut dan tak nak pandang wajah kami. Pada hari berikutnya kami nak pergi melawat, doktor call kata Titam dah tak dapat bert.ahan.

“Sepanjang perjalanan nak bawa balik Titam, hujan sangat lebat, macam faham perasaan kami. Saya termenung dan mengalir air mata.

“Akhirnya Titam dit.anam di seberang jalan, di hadapan rumah kami,” ujarnya yang menetap di Sungai Ramal, Kajang, Selangor.

Dalam pada itu itu, Jim turut berkongsi video kenangan bersama Titam di Instagram untuk disimpan sebagai kenangan.

Kata Jim, dia cukup rapat dengan kucing itu yang mula dibela pada tahun lalu.

“Ramai orang tak tahu saya bela kucing. Saya jarang update kecuali isteri. Bila benda macam ni berlaku, saya buat video untuk bagi orang tahu saya ada kucing yang dah dianggap macam anak sendiri.

“Walaupun saya jenis kasar dan serius, saya boleh men4ngis kerana kucing. Tapi saya terima dengan reda, Tuhan bagi pinjam Titam sekejap saja,” ujarnya.

Menurut Jim, dia dan isteri sebelum ini membela kucing kerana sunyi tanpa cahaya mata, namun mereka kini sedang menunggu hari untuk menerima anak pertama tak lama lagi.

“Isteri sekarang sedang hamil lapan bulan, tengah tunggu hari nak bersal1n.

“Sejujurnya rumah kami sunyi tanpa Titam. Dah tak boleh dengar suara Titam sekarang,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*