‘Tahun Dpn Buat Camni Mak Tak Kutuk Dh’ – Lagu Raya Trending, Sekali Ibu Aliff Syukri Sendiri Dtg Komen

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia juga tidak menyangka Lala Raya mendapat sambutan hangat daripada ntizen sehingga mendapat lebih 1.4 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

” Jangan d3ngki, itu rezeki saya.”

Itu respons usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai lagu rayanya, Lala Raya yang kini tersohor (trending) dalam YouTube sejak semalam.

” Sebenarnya tak sangka Lala Raya trending nombor satu dalam YouTube sebab tahun ini ramai artis yang buat lagu raya.

” Walaupun stesen radio dan televisyen tidak memainkan lagu saya, tidak mengapa sebab berjuta orang yang suka dengan Lala Raya,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Menjawab tohmahan ntizen yang mempertikaikan kualiti video muzik dan vokalnya, pelakon filem Badang itu enggan mengambil pusing semua kri1kan yang dilemparkan terhadapnya.

” Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutvk-kutvk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

” Biarlah nak kec4m atau kutvk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai dkwaan seorang pereka fesyen yang mengkrit1knya, Aliff mempersoalkan mengapa lagunya yang menjadi pilihan untuk dikomen.

” Dalam banyak-banyak lagu, mengapa lagu saya yang dikr1tik. Maknanya dia cembvru dengan saya.

” Malas hendak komen banyak sebab saya tengah gembira lagu saya paling popular sekarang,” katanya lagi.

Tambah bapa kepada enam orang cahaya mata itu, impak daripada populariti lagu tersebut, dia menerima tawaran untuk menjadi duta kepada sebuah jenama kerusi urut terkenal, Gintell Malaysia.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama single Aliff dikr1tik kerana sebelum ini lagunya Bobo Dimana dan Abang Nak Tegur turut menerima kec4man ramai.

Reaksi warganet

Sementara itu berdasarkan semakan di Youtube, lagu raya Aliff itu telah mencecah hampir 1.8 juta tontonan dengan 63k tanda suka dan 43k tanda tidak suka.

Menariknya, dalam orang ramai mengecam lagu raya dan memperkatakan kemampuan vokal Alif Syukri itu, ramai juga yang memberi reaksi positif di ruangan komen.

Malah ibu Aliff yang mesra dipanggil bonda Rozita turut memuji lagu raya anaknya.

” Sumpah seronok.. maaf tak jadi kutuk, ada ilmu dalamnya.. tahun depan buat macam ni mak tak kutuk dah..” tulis Bonda Rozita yang turut dipersetujui ramai.

Sementara itu rata-rata warganet turut menilai lagu itu dari sudut hiburan semata-mata dan pengajaran yang ingin disampaikan di sebalik lagu itu.

” Datuk Aliff Syukri dah bgtau, dia tau dia tak setanding artis-artis lain.. Dia sedar suara dia tak sedap.. Tapi dia hanya nak hiburkan kita… Oleh itu, aku kasi like untuk lagu kali ni” tulis Shamiza.

” Dato Aliff Syukri, lagu ini sangat menyentuh jiwa kami semua. marilah rakyat malaysia sokong dato aliff syukri. sekian terima kasih ..” tulis Haziq

” Walau auto tune level max..Sangat terhibur dan memang hilang sedih dan stress bila tgk video ni… dgn telatah geng penari yang tak bleh blah. ceria jer suasana dalam clip video ni dengan lagu dan music yg sempoi..” tulis Hanif.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*