Seperti yang ramai tahu, Syawal kali ini disambut berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVlD-19.
Sehubungan dengan itu, aktiviti rentas daerah dan negeri juga tidak dibenarkan menyebabkan ramai yang terkandas di ibu kota dan tidak dapat pulang ke desa bagi meraikannya dengan ahli keluarga.
Namun, ia tidak bermakna umat Islam tidak boleh memeriahkannya.
Keluarga di bawah ini adalah salah satu contoh yang mendapat perhatian ramai:-
Kenapa nak sedih sedih kalau kita boleh happy happy di pagi raya??? pic.twitter.com/EG5dRXEdH2
— awan (@awnsmrdn) May 13, 2021
Setakat 14 Mei, video yang berdurasi 43 saat itu telah tular dan mendapat lebih daripada 200,000 tontonan!
“Kenapa nak sediih sediih kalau kita boleh happy happy di pagi raya???” tulisnya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi positif selain ramai yang terhibur dengan gelagat keluarga bahagia itu.
Sumber: Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral
Sumber : https://www.hotfm.com.my/
Leave a Reply