Kongsi Kegembiraan Balik Beraya, Ini Tindakan P0lis Buat Masya Masyitah Mula Mnyesal

GARA-gara mendedahkan dapat beraya di kampung halaman di Kulim, Kedah menggunakan surat rentas negeri ibunya, penyanyi Masya Masyitah kini dalam siasatan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, beliau mengarahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Tambahnya lagi, tindakan tegas akan diambil terhadap Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, jika terdapat unsur yang menyalahi undang-undang.

“Setakat ini saya boleh katakan, siasatan masih dijalankan dan kita akan tengok adakah benar apa yang ditularkan di Facebook (FB).

Tindakan tegas akan diambil terhadap Masya sekiranya terdapat unsur menyalahi undang-undang.

“Sekiranya ada unsur yang menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap artis terbabit,” katanya selepas melakukan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lunas, pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi berusia 21 tahun itu memberi penjelasan mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik-beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.

Polis buka kertas siasatan terhadap Masya.

Bagaimanapun, penjelasan penyanyi yang popular menerusi lagu Hapus itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial.

Sementara itu, Azhar Hashim memberitahu berdasarkan maklumat, artis terbabit didakwa pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri pasangan jarak jauh disebabkan ibu dan bapanya tinggal berjauhan.

Menyesal Cakap Benar


Semalam, sebuah portal melaporkan Masya berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga tercinta di Kulim selepas diberi pelepasan selama empat hari sejak 10 Mei lalu.

Masya mendapat pelepasan pulang ke kampungnya dengan menggunakan tiket ibu bapanya sebagai pasangan jarak jauh.

Ibu Masya menetap di Kuala Lumpur bagi menemaninya semenjak dia mula bergelar artis, manakala bapa, abang dan dua adik lelakinya pula tinggal di Kulim.

Tindakan penyanyi Masya Masyitah mendedahkan dirinya mendapat surat kebenaran merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Kedah pada Aidilfitri, mengundang kemarahan warganet.

Masya menerusi laporan portal Berita Harian semalam (Rabu) memberitahu, kebenaran tersebut diperolehi selepas membuat permohonan atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Menurut Masya, dia mendapat pelepasan selama empat hari dan akan memanfaatkan masa tersebut untuk meluangkan masa meraikan Syawal dengan berkumpul bersama keluarganya di Kulim, Kedah.

Tinjauan di laman sosial Facebook BH Online mendapati, pengguna mula mempertikaikan kebenaran yang diperolehi penyanyi tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*