Pastinya sejak hari pertama Aidilfitri ramai yang ‘lenguh’ jari menekan butang like di media sosial apabila masing-masing memuat naik gambar meraikan lebaran dengan penuh kebahagiaan.
Walaupun tidak dapat berkumpul bersama sanak-saudara, namun kemeriahan hari raya masih lagi terasa kerana masa inilah peluang kita berkongsi gambar berbaju baru serta sedondon dengan ahli keluarga yang lain.
Selebriti dan influencer juga turut sama memuat naik gambar meraikan lebaran dengan ucapan selamat hari raya buat semua.
Kembali ke fitrah sempena raya
Namun, bagi pengikut media sosial seorang infleuncer dikenali sebagai Viviana Abdullah pasti mengetahui status sebenar dirinya yang merupakan seorang lelaki.
Jadi, dia telah berkongsi gambar memakai baju Melayu dan sangat ‘macho’ sehingga menjadi perhatian di media sosial.
Kembali kepada fitrah
Dalam posting yang dibuat oleh influencer tersebut, dia sebenarnya memenuhi permintaan warganet yang mahu melihat foto hari raya tempoh hari. Viviana memaklumkan pada Syawal pertama dia memakai baju Melayu dan kembali kepada fitrah asal.
Dia juga sempat berseloroh foto berkenaan merupakan ‘hadiah’ buat semua sebelum dia kembali menjadi wanita ‘celup’ semula.
Terus jadi hensem ekk
Walaupun sudah memadam posting tersebut, Viviana tetap menghargai komen-komen yang diterima daripada warganet dan memuat naik semula kata-kata positif di ruangan IG story miliknya.
Justeru itu, ramai yang memberikan maklum balas yang baik-baik kepada Viviana di media sosial dan memuji penampilannya yang segak apabila menjadi lelaki sejati.
Hanya Sementara sebelum jadi Bap-ok semula
Ini membuatkan ramai yang memujinya kelihatan begitu tampan apabila berketerampilan lelaki dan cantik apabila berketerampilan perempuan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing -masing.
“wow cam sesumpah boleh berubah ikut keadaan
“Helokkkk rupa dia weyhhh.. hahahaha
“seri0us la tu viviana?
“Yepp!!! Dia ada cakap kat story diaa yg dia taknak org kenal dia as lelaki sbb nnti kacau privacy dia so dia jadi lembut utk kerja n ig but look so handsome oi
Reveal muka jantan dia, ramai yang tergugat Dia ni drag je, bukan pondan 24/7 Wahh! helokk
“Bukan Mudah Jadi Mak Ny.ah”- Viviana Abdullah Dedah Tak Dibayar Buat Kerja Halal
Pengacara yang bukan sahaja cantik tetapi juga bijak, Viviana Abdullah baru-baru ini menceritakan kesukarannya mencari rezeki halal walaupun bergelar mak nyah
Dilaporkan instaonline.com, Vivi berkata semua dugaan itu ditelannya kerana dia yakin “Allah ada bersamanya”.
“Dugaan paling teruk sepanjang saya menjadi pengacara adalah pihak penganjur mengambil kesempatan ke atas isu mak nyah untuk tidak membayar baki bayaran kepada saya.
“Alasannya, bos besar tak suka kehadiran mak nyah, tetapi dia yang jemput saya sebagai pengacara. Tidak mengapa, hanya Allah mampu membalasnya.
“Saya juga pernah melalui situasi, di mana saya muncul di pentas utama untuk membuat kata- kata pembukaan, ada beberapa tetamu yang berada di meja itu bangun lantas meninggalkan majlis.
“Saya rasa sedih dan kecewa sangat dengan tindakan mereka. Kalaulah bencikan saya sekali pun, janganlah sampai menghukum saya sebegitu. Sekurang-kurangnya, bagilah saya ruang untuk tunjuk bakat yang ada dalam mencari rezeki halal,” katanya.
Saya hanya mahu cari rezeki halal”
Dia menganggap semua itu dugaan dan menyeru semua mak nyah untuk menggambarkan sisi baik kepada masyarakat supaya tidak dipandang negatif.
“Apa yang penting kita (mak nyah ) haruslah mempamerkan sisi mak nyah yang positif dan baik kepada masyarakat yang mungkin sebelum ini mereka tidak pernah lihat.
Jangan cetus kontr0versi tak perlu
“Kurangkan cetus kontroversi diri kerana ia bakal mengeruhkan lagi keadaan yg sedia ada ini. JUJUR ,TELUS , BERILMU ,SOPAN inilah yang perlu diterapkan dalam diri dan ini jugalah yang harus dipamerkan kepada mereka di luar sana,” katanya.
Begitulah kehidupan. Kadang-kadang golongan yang sering dikecam begini perlukan peluang untuk cari rezeki dan janganlah terlalu menghukum mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral
Sumber: zt000tz, Twitter, Viviana Abdullah
Leave a Reply