Bekas Pegawai Polis Disiasat Selepas Jemput Anggota Masuk Makan Juadah Raya

Sebelum ini, viral sekeping gambar yang didakwa dikongsikan oleh bekas pegawai kanan polis yang memperlihatkan beberapa anggota polis sedang menikmati jamuan hari raya di rumahnya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini. Perkara itu bagaimanapun telah mencetvskan kem4rahan dan ketidakpvasan hati rakyat terhadap anggota polis yang did4kwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

RM10k boleh dikenakan ke atas pemilik rumah

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib telah menerima satu laporan terhadap insiden berkenaan susulan foto itu tersebar di platform Facebook dan Twitter.
Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika sabit kesalahan kompaun RM10,000 boleh dikenakan ke atas pemilik rumah dan RM2,000 ke atas pengunjung. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera.

Pasukan peronda yang menyelia dan memantau SOP menjenguk rumah kami untuk membuat pemeriksaan. Mereka dapati anak-anak yang tinggal dalam daerah ini juga balik dari semalam lagi.

Bekas Timbalan Pengarah di Bukit Aman itu bagaimanapun menjelaskan situasi sebenar dengan mempelawa anggota polis berkenaan masuk ke dalam rumah dan menikmati juadah Hari Raya selepas mereka menjengok terdapat enam buah kenderaan di hadapan rumah itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*