Prihatin Nasib Palestin, Khairul Aming Derma RM10,000 Hasil Untung Jual Sambal Nyet

Selebriti media sosial yang terkenal dengan resepi masakan mudah, Khairul Aming hari ini memberitahu pengikutnya bahawa sebahagian daripada hasil jualan produk Sambal Nyet keluarannya akan disumbangkan kepada penduduk Palestin.

Prihatin nasib di Palestin

Influencer itu berasa terpanggil untuk menghulurkan sumbangan setelah melihat keadaan yang dihadapi penduduk disana susulan daripada serangan bertali arus daripada pihak Zionis.

Kenyataan tersebut disampaikan ketika menyatakan waktu jualan Sambal Nyet kepada warganet agar mereka dapat membeli produk tersebut di Shopee.

Tambahnya lagi, RM10,000 yang akan disumbangkan merupakan hasil daripada jualan Sambal Nyet sebelum ini. Dia juga berharap agar jumlah derma yang tidak seberapa itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk Palestin yang sekarang sedang ditimpa ujian.

Ajak orang ramai menderma sekali

Selain itu, Khairul Aming juga turut mengajak orang ramai untuk sama-sama beramal dengan menderma semampunya di tabung-tabung bantuan untuk Gaza yang dinyatakan di ciapan Twitternya.

Ni contoh cerdik tak lupa diri

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet menyokong usaha Khairul Aming dalam melakukan kebaikkan serta bantuan buat saudara kita di Palestin.

Mereka juga mendoakan agar rezeki influencer itu terus dimurahkan oleh Allah S.W.T dan segala urusannya dipermudahkan.

Lepasni memang berusaha beli Sambal Nyet

Semoga murah rezeki

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber: Khairul Aming

via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*