“Terdidik Dengan Baik…”- Gelagat Bagi Duit Raya, Wargamaya Puji Sikap Matang Anak Kedua DSV

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan keluarga usahawan popular ini, Datuk Seri Vida bersama dua orang anaknya ini yang lebih dikenali sebagai Cik B dan Kacak.

Kedua-dua anak Datuk Seri Vida atau turut mesra dengan panggilan DSV ini juga sama popular seperti dirinya yang mana Cik B berjaya menceburi bidang hiburan sebagai pelakon, penyanyi dan pelawak.

Manakala Kacak pula sering dikongsikan telatahnya oleh DSV dan Cik B diruangan media sosial sehinggakan keluarga ini selalu mendapat perhatian ramai wargamaya.

Biarpun begitu, sempena sambutan hari raya baru-baru ini pula DSV ada berkongsikan dia menyambut bersama anak lelakinya dan gelagat mereka bukan sahaja menarik perhatian ramai malah menghiburkan peminat dan pengikut diruangan Instagram peribadi DSV.

DSV merupakan salah seorang usahawan yang sudah lama bergiat aktif di Instagram sehingga berjaya mempunyai 2.7 juta pengikut dan posting yang dilakukan kebanyakannya mengundang ramai gelak besar dengan telatah sporting dia bersama anak-anak.

Melalui rakaman video ini pula, DSV bersama anak keduanya ini turut tidak ketinggalan dalam segmen berbagi duit raya namun berikutan Kacak dan Cik B juga mempunyai duit sendiri, jadi apabila diminta barulah DSV akan memberinya. Ternyata jumlah yang diberi DSV turut menjadi tumpuan wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Pun begitu, diruangan komen ternyata telatah Kacak dalam video itu membuatkan orang ramai memuji sikapnya sebagai anak yang baik.

“Kacak ni anak yang baik!”

“Bestnya…”

“Sporting…”

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : HCL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*