Selepas Kondo, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Pula Pada Usia 21 Tahun

Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi berusia 21 tahun itu memuat naik foto ketika menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat itu.

Penyanyi Masya Masyitah meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya membeli sebuah lagi rumah hasil titik peluhnya selama bergelar anak seni.

Alhamdulillah, syukur ya Allah…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Melihat hasil pencapaian yang luar biasa itu, rata-rata pengikutnya tumpang gembira dan bangga dengan kesungguhan serta kerja keras Masya sehingga berjaya membeli dua buah rumah pada usia yang masih muda.

Tidak lupa ada juga segelintir individu mengucapkan tahniah dan mendoakan penyanyi lagu Hapus itu terus dimurahkan rezeki dan membahagiakan keluarganya.

Bangga dengan awak sayang!

Alhamdulillah! Muda2 dah ada rumah sendiri…

Motivasi ni.. doakan saya juga!

Sebelum ini, Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mendedahkan berjaya membeli kondominium bernilai RM300,000, dua tahun lalu.

Dia turut berkongsi video dekorasi dan hiasan kediaman tersebut di saluran YouTube untuk tatapan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya nyanyiannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber: Instagram Masya Masyitah

via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*