Ruhainies Aku! Tulang Belakang Berbunyi

Wajah lembut yang dimiliki oleh pelakon Nur Ruhainies semestinya membuatkan beliau sesuai membawa watak gadis teraniaya, begitu juga menerusi drama Cukup Derita Itu yang menampilkan beliau diseksa dengan teruk.Ketika episod 7 disiarkan, terdapat babak di mana watak Lani yang dijayakan oleh Ruhainies dipukul dengan kuat oleh Jasmin Hamid yang membawa watak sebagai Mak Ngah.Menurut posting terbaharu di laman Instagram miliknya, Ruhainies memaklumkan bahawa terdapat beberapa babak dipotong dan tidak disiarkan di kaca televisyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Mungkin babak tersebut menunjukkan Lani diseksa dengan begitu teruk sekali sehinga membuatkan pengarah drama tersebut iaitu Along Kamaludin terpaksa memotongnya.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 29 tahun itu turut memberitahu bahawa ketika menjayakan watak dipukul, secara tiba-tiba tulang belakangnya berbunyi dengan kuat sehingga membimbangkan krew produksi yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

“Bukan mudah seperti yang korang tengok/nampak. Scene macam ni mmg sgt risiko dan of course akan sakit sakit. Funny part pasal scene ni. Masa kena pijak tu tiba2 tulang belakang I bunyi mcm “prapp” hahahahha. Semua dengar and terdiam. Termasuk cameraman .”

Tapi dengar kata bukan setakat mata Ruhainies je yang bengkak sebab banyak sangat nangis untuk scene ni, ada tempat lain yang bengkak juga ke?

Bukan mudah bagi pelakon menjayakan watak begitu dan pastinya mereka akan cuba yang terbaik untuk menjayakan setiap karya yang diamanahkan untuk mereka.

Apa pun jangan lupa untuk saksikan drama Cukup Derita Itu di slot Samarinda bermula pada jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis hanya di TV3!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*