Hampir Sedekad Hidup Bersama…

SELEPAS hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia Ashanty mendedahkan ada beberapa sikap dan perangai Anang Hermansyah yang kurang disenangi.

Menurut laporan Tribunnews, Ashanty berkata salah satunya ialah sikap suami yang cepat emosi dan sensitif.

“Kadang-kadang dia mudah emosi pada orang… dengan saya dalam setahun, mungkin dua kali (emosi).

“Contohnya ketika nada percakapan berlainan, tetapi kerana dia sedang sensitif dan penat, jadi apabila saya cakap dia jadi salah faham dan terus emosi,” katanya menerusi temubual di saluran YouTube Uya Kuya TV pada Rabu lalu.

Meskipun kurang senang dengan sikap Anang itu, Ashanty bagaimanapun berkata banyak hal yang dipelajari sepanjang melayari alam perkahwinan.

Malah sehingga kini dia menerima baik dan buruk suaminya itu dengan hati terbuka.

Ashanty turut mengakui terlalu takut jika kehilangan suami dan berharap ikatan hubungan keluarganya kekal utuh dan harmoni sehingga akhir hayat.

Ashanty dan Anang berkahwin pada 2012.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*