Nabila Huda Melvahkan Rasa Kecew@

Pelakon hebat Nabila Huda meluahkan rasa kecewa apabila terdapat golongan selebriti atau pempengaruh tidak mempamerkan sikap atau teladan yang baik kepada masyarakat.

Menurut temu bual eksklusif Astro Awani, pelakon berusia 37 tahun itu berkata golongan tersebut sepatutnya memainkan peranan dengan memberi contoh yang baik dan bukan menyakiti hati masyarakat di media sosial.

“Cukuplah menunjuk-nunjuk perkara-perkara yang menyakiti hati orang lain, perkara-perkara yang terlalu riak, kawal media sosial anda.
“Tidak perlu nak berkongsi perkara-perkara yang merepek-repek, semua perkara yang anda buat semuanya nak kongsi di media sosial yang menyebabkan orang ramai lebih membenci. Ini bukan masanya.
“Henti buat segala perkara yang membuatkan orang ramai membenci kita, menilai kita, padahal kita semua melalui perkara yang sama (COVID-19),” katanya.

Tegas pelakon filem Munafik itu, golongan berkenaan perlu menggunakan semua platform dengan sebaiknya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tanpa mengira jumlah pengikut di media sosial.

“Kepada para selebriti atau ‘influencer’, mula gunakan instagram anda, tidak kira pengikut anda ramai atau tidak, kongsikan kesedaran berkaitan COVID-19 ini serta apa yang wajar dilakukan.
“Tiba masanya untuk kita gunakan platform media sosial ke arah yang lebih baik dan untuk orang menyayangi kita, dan orang akan hormat kita disebabkan kejujuran dan keperibadian kita.
“Saya harap ini akan membantu semua, kerana apa yang saya katakan ini adalah dari hati saya, pandangan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi baru disahkan bebas Covid-19 selepas dijangkiti virus tersebut pada 12 Mei lalu.

Sumber: Astro Awani (Harits Asyraf Hasnan)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh My Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*