“Kalau Langgar, Mereka Tidak Akan Terlepas” – PM Tegas Tiada Isu ‘Double Standard’ SOP Covid-19

TIADA amalan dua darjat atau ‘double standard’ dalam melaksanakan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.

Demikian penegasan yang disuarakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata tiada pihak yang akan terlepas daripada undang-undang termasuk menteri atau orang kenamaan yang turut disebut sebagai golongan kayangan, sekiranya melakukan pelanggaran SOP.

“Dasar kerajaan kita tidak ada ‘double standard’, kalau mereka langgar, maka mereka tidak akan terlepas.

“Itu fakta dari segi undang-undang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang pematuhan SOP Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk mematuhi SOP ditetapkan dalam mengekang penularan Covid-19.

Jelasnya, rakyat juga diseru untuk melakukan kawalan kendiri bagi mengelak daripada dikenakan hukuman.

Muhyiddin meluangkan masa selama sejam dalam program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad. – SINAR HARIAN

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*