“Merangk@klah Kau M!nta Maaf Dengan Diva AA Nanti!”

AKIBAT terlalu lantang mengkritik golongan selebriti sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akaun Instagram milik pengacara sensasi Azwan Ali lenyap sekelip mata.Menurut Azwan atau lebih terkenal dengan panggilan Diva AA, dia menyedari akaun media sosial berkenaan lesap sejak Jumaat lalu selepas mStar menyiarkan video kritikannya terhadap selebriti kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor pada Rabu.

“Ia berlaku pada pagi Jumaat sebaik sahaja viral kenyataan yang saya keluarkan menghentam seorang artis yang sengaja melanggar SOP menerusi mStar.

“Ini kali kedua saya terkena musibah Instagram digodam, yang pertama ketika ada 400,000 lebih pengikut.

“Kali kedua ni ada lebih 77,000 pengikut pun kena hack.

“Kepada individu yang hack Instagram saya, muhasabah la!” kata Azwan kepada mStar.

Akaun Instagram Diva AA yang lama telah tidak wujud.

Pada 19 Mei lalu mStar menyiarkan laporan video kenyataan Azwan, 55, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk memenjarakan Neelofa kerana dilihat dengan sengaja melanggar SOP ketika negara masih berperang melawan Covid-19.

Menerusi sesi berkenaan, Azwan dilihat begitu lantang mengkritik Neelofa atas segala tindakannya sebelum ini.

Akaun Instagram baharu Diva AA @divaazwanalivazztersohor1 yang mempunyai pengikut seramai 1617.

Dalam pada itu Azwan berkata dia mengesyaki Instagram miliknya digodam pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menghentam Neelofa.

Korang hack dan report la sejuta kali pun, yang penting Diva AA tetap ada Instagram baru, It make me stronger!

AZWAN ALI
PENGACARA

“Saya dah berusaha untuk dapatkan semula tapi gagal. Saya tak menyesal pun dengan apa yang saya buat, tiada istilah menyesal dalam hidup.

“Korang hack dan report la sejuta kali pun, yang penting Diva AA tetap ada Instagram baru, It make me stronger!

“Kepada yang menggelupur kaki report, menggelupur hack instagram Diva AA… merangkaklah kau minta maaf dengan Diva AA nanti!” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*