Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pelakon Kamal Adli mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinannya dengan Uqasha Senrose.
Mengakui persiapan majlis perkahwinan mereka sudah hampir selesai, Kamal berkata dia dan Uqasha reda dengan keputusan tersebut.
“Ikut keadaan sekarang memang kena tangguh dahulu. Persiapan dan bayaran untuk segala persiapan majlis memang sudah selesai.
“Namun daripada teruskan dalam keadaan ini, baik kami berdua tangguh saja. Saya dan Uqasha juga reda,” katanya.
Belum lagi mempunyai perancangan mengenai tarikh baru, Kamal berkata semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan PKP akan berakhir awal bulan depan.
“Tidak tahu berapa lama kami akan tangguh majlis ini. Ikutkan PKP akan berakhir 6 Jun. Mungkin ada pengumuman berbeza. Saya juga tidak tahu,” katanya.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha baru sahaja meng1kat tal1 pertunangan pada April lalu dan mended4hkan melangsungkan perkahwinan di pusat peranginan tanah tinggi.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral
Sumber: Utusan Online
Leave a Reply