Zarina Anjoulie Buat Sedut Lemak, “Aku Kerja Bukan Jalan-jalan Cari Karpet!”

GARA-GARA berkongsi video sedang melakukan rawatan kecantikan sedut lemak atau liposuction di sebuah klinik yang terletak di Kuala Lumpur (KL), pelakon Zarina Anjoulie didakwa merentas negeri untuk tujuan yang tidak dibenarkan.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Tampil menjelaskan tujuannya ke ibu negara, Zarina yang kini menetap di Nilai, Negeri Sembilan berkata dia kerap berulang-alik atas urusan kerja selepas mendapat kebenaran polis.”Tolong faham aku hari-hari kerja dekat KL, kadang-kadang aku tak balik sebab esoknya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik.”Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai polis tanya.

“Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet!” katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Zarina buat penjelasan di Instagram mengenai tujuannya rentas negeri.

Sebelum itu Zarina berkongsi rakaman video mendapatkan rawatan di sebuah klinik kecantikan di Kuala Lumpur.

Perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang turut mempersoalkan tindakan Zarina merentas negeri bukan tujuan kecemasan.

Takkan laki kau kot yang tanggung aku kalau aku tak kerja, kerja aku review buat lipo dan dapat gaji, sila faham!

ZARINA ANJOULIE
PELAKON

“Ni sebab rentas negeri ke?” soal seorang pengikut.

Menjawab komen tersebut, Zarina berkata video yang dikongsi olehnya itu merupakan sebahagian tuntutan kerja dan dia dibayar untuk mempromosikan klinik berkenaan.

Zarina dibayar untuk lakukan review buat pembedahan buang lemak di sebuah klinik di Kuala Lumpur.

“Bila orang bebel kata aku pergi Kuala Lumpur tiada kepentingan… acik kau tak ada kepentingan! Itu la cara aku buat duit dengan review, kau ingat semua duit charity aku buat pun datang dari mana? Review la!

“Takkan laki kau kot yang tanggung aku kalau aku tak kerja, kerja aku review buat lipo dan dapat gaji, sila faham!

“Pergi la balai report… kau bebel sini tak ada orang heran,” jawabnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*