KJ Moh0n M@af

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil memohon maaf kepada individu yang berdepan dengan masalah ketika membuat pendaftaran vaksin AstraZeneca pada Rabu.

Menurut Khairy, beliau memahami kesulitan yang dialami rakyat ketika melayari laman web untuk membuat tempahan vaksin itu.

“Sekali lagi bagi pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan kerajaan Malaysia, saya mohon maaf kepada mereka yang berhadapan dengan kesulitan semalam (Rabu) dengan sistem tempahan kita.

“Saya terima segala kritikan dan segala cemuhan. Saya faham rakyat inginkan vaksinasi mereka secepat mungkin

“Sebab kita melihat kes sedang meningkat, vaksinasi memberi satu perlindungan yang baik kepada rakyat kita,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Khamis.

Laman sosial pada Rabu dibanjiri luahan tidak puas hati rakyat berikutan sukar mengakses sistem pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca untuk rakyat Malaysia berusia bawah 60 tahun.

Rata-rata mereka mengadu gagal memperoleh akses sejak tempahan dibuka mulai jam 12 tengah hari yang berkemungkinan disebabkan faktor trafik tinggi.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan melalui laman Twitter lebih 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat setakat jam 12.50 tengah hari pada Rabu iaitu dalam tempoh tidak sampai sejam tempahan pusingan kedua dibuka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Satkoba Viral

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*