Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjanji akan berjuang habis-habisan dalam acara kegemarannya iaitu keirin di Sukan Olimpik Tokyo, Sabtu ini.
Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman itu berpendapat peluangnya untuk mengungguli acara keirin tampak cerah selepas terlepas peluang melayakkan diri ke peringkat suku akhir acara pecut semalam.
‘The Pocket Rocketman‘ negara, Azizul Hasni Awang yang menceritakan pengalamannya diketawakan pelajar sebangsanya sendiri ketika berada di Melbourne, Australia dek kerana salah sebutan inggerisnya.
Ikuti coretan beliau:
“Brokeng English
Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.
Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.
Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan.
Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.
Berbeza Dengan Mat Salleh
Berbeza pula apabila saya berada di kalangan Mat Salleh (orang Barat). Bukannya nak puji mereka, tapi akhlak mereka sangat jauh terpuji dari bangsa kita. Banyak kali saya tersilap ketika berkomunikasi, tetapi mereka membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya. Langsung tidak ada gelak-gelak memperlekeh dan jauh sekali mereka memerli. Berdasarkan pengalaman saya, 100% dari mereka semuanya begitu dan belum pernah saya di gelakkan mereka kerana membuat kesilapan ketika berkomunikasi. Dan di kalangan rakan-rakan Mat Salleh saya, ada antara mereka yang mempunyai grammar berterabur juga walaupun mereka itu lahir dalam keluarga Mat Salleh. Ada juga yang tidak fasih mengeja dan mereka siap rujuk kepada saya untuk ejaan.
Dan perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza-beza sebutannya. Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya. Apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai kesulitan untuk memahami loghat masing-masing, tetapi mereka ni tetap menghormati antara satu sama lain dan ini lah contoh yang kita perlu pelajari.
Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu. Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa. Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain.
Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan. Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.
Minta maaf minta ampun rakan-rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik. Akhir kata dari saya, saya kongsikan kata-kata dari Jackson Brown Junior,
“Never make fun of someone who speak broken English. It means they know another language”
-Sekian saja dari saya AzizulAwang
Azizulhasni simpan pecutan, janji berjuang habis-habisan acara keirin
Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebaliknya bersyukur tersingkir dalam acara pecut kerana situasi itu dapat memberi kelebihan kepadanya terutamanya bagi mendapat rehat secukupnya sebelum kembali beraksi di Velodrome Izu.
Katanya, mengikut perancangan asal bersama jurulatihnya, John Beasley, beliau memaklumkan tidak akan menumpukan peluang beraksi di suku akhir sekiranya tidak berupaya mengatasi pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, dalam perlumbaan pusingan ketiga 1/8.
“Sekiranya masuk suku akhir, akan jumpa pelumba sama, jika kalah akan bersaing dalam perlumbaan penentuan lima hingga lapan terbaik, jadi akan ada banyak perlumbaan.
“Ia akan menyebabkan saya penat dan tak dapat cukup rehat, jadi amat penting untuk kita atur strategi betul untuk beri tumpuan penuh dalam keirin,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam saluran YouTube Azizul Awang bertajuk ‘Pecutan Hari Kedua | Perjalanan Azizul Awang Mengejar Kilauan Emas’, semalam.
Hoogland yang memecahkan rekod Olimpik dengan masa 9.215 saat dalam pusingan kelayakan pada Rabu (4 Ogos), memenangi perlumbaan dengan mencatatkan masa 9.831s iaitu 0.040s lebih pantas daripada Azizulhasni pada perlumbaan Saringan Satu peringkat ketiga 1/8.
Kekalahan itu menyaksikan Azizulhasni terpaksa beraksi dalam Saringan Satu perlumbaan Repechages 1/8 namun sekadar menduduki tempat kedua di belakang juara bertahan, Jason Kenny dari Great Britain yang merekodkan masa 10.066 saat untuk memenangi perlumbaan itu, manakala pelumba tuan rumah, Yuta Wakimoto ketiga.
Mengulas mengenai prestasi semalam, pelumba berusia 33 tahun itu tetap gembira dengan kayuhan diperagakannya walaupun terkandas di peringkat ketiga.
Menurutnya, pelumba yang bersaiz besar mempunyai kelebihan dari segi tenaga untuk menguasai acara pecut berbanding pelumba yang bersaiz kecil sepertinya.
Juara dunia dari Dungun, Terengganu itu pada masa sama memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kegagalannya untuk mara lebih jauh dalam acara pecut.
Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak berjaya mara ke suku akhir selepas tewas dalam Saringan Dua perlumbaan Repechages 1/8.
Pelumba berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang pelumba Perancis Sebastien Vigier yang memenangi perlumbaan dengan catatan 10.169s, manakala Sam Webster dari New Zealand di tempat kedua.
Sebelum itu, Muhammad Shah Firdaus gagal membalas dendam kekalahan kepada Harrie Lavreysen dalam perlumbaan Pusingan Pertama 1/32 kelmarin, apabila sekali lagi tewas kepada pelumba Belanda itu yang mencatatkan masa 9.635s untuk memenangi Saringan Dua perlumbaan 1/8.
Bagaimanapun, beliau masih mempunyai peluang akhir untuk menyinar di negara matahari terbit apabila turut dijadual beraksi bersama Azizulhasni dalam acara keirin.
Leave a Reply