ENAZAH penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin.
Pada majlis pengebumian itu, suami kepada Siti Sarah yang juga pelawak Shuib Sepahtu serta adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed mengiringi sehingga ke liang lahad dengan memakai peralatan perlindungan diri lengkap (PPE).
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meningg.al dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplik4si pelbagai peny4kit termasuk kegag4lan buah pingg4ng, darah tinggi dan kenci.ng m.anis.
Sebelum itu urusan pengendalian jenazah diuruskan oleh pihak Pusat Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) kira-kira pukul 10 pagi Isnin.
Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka disahkan p0sitif c0vid-19 pada 25 Julai lalu.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis dan media serta peminat.
Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM kira-kira pukul 5.13 pagi.
Allahyarham dimasukkan ke IC.U hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu, iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuar4ntin.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.
Terdahulu, Siti Sarah bersama suami, Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan empat anak termasuklah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Shuib akui berat tanggungjawab
Reda dengan pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin, Shuib berjanji untuk menjadi ‘ibu’ dan bapa yang terbaik buat empat cahaya mata mereka.
Pun begitu, kata pelawak dan ahli perniagaan itu, cabarannya kini adalah untuk memahamkan anak-anak yang masih kecil mengenai ketiadaan ibu mereka selepas ini.
“Saya reda dengan pemergian isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Tapi cabaran saya untuk memaklumkan anak kami mengenai ketiadaan ibu mereka selepas ni,” katanya.
Menurut pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad itu, Allahyarhamah juga bertarung nyawa demi menyelamatkan anak keempat mereka, Ayash Affan susulan dijangkiti Covid-19 sejak hujung bulan lalu.
Kata Shuib, 36, nama Ayash Affan itu sendiri dipilihnya kerana menurut pembacaan arwah, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Gaza.
“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan 6 Ogos lalu.
“Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Namun ternyata, Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 27 Februari 2011. Selain Ayash Affan, tiga lagi cahaya mata pasangan tersebut ialah Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Untuk rekod, Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan itu melalui pembedahan tanpa sedar, pada 6 Ogos lalu.
Siti Sarah, menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya yang mencecah 36 tahun menjelang subuh hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Pada 27 Ogos lalu, penyanyi Ku Sandarkan Pada Kenangan itu mengesahkan dia dan keluarganya positif Covid-19 susulan seorang pembantu mereka dijangkiti wabak berkenaan.
Berkongsi lanjut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad itu berkata, dia sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama arwah isterinya yang sedang nazak di hospital malam tadi.
“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video untuk anak melihat keadaan ibu mereka.
“Ketika itu nampak juga air mata berlinangan di pipinya seolah-olah memahami apa yang saya dan anak bersembang mengenainya.
“Selepas itu, anak kami sudah tidur. Saya juga sempat ke hospital malam tadi selepas selesai sesi bacaan Yassin dan doa dianjurkan menerusi aplikasi Zoom Meeting.
“Bagaimanapun, saya tak dibenarkan bertemu dengannya dan berpatah balik ke rumah,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Pusu, Gombak kira-kira jam 1.38 tengah hari tadi selepas waktu Zohor.
Hanya petugas lengkap memakai PPE dilihat berada di bawah kawasan berbumbung hijau yang meneduhi liang lahad tempat jasad Allahyarham disemadikan.
Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ibunya.
Leave a Reply