
Kuala Lumpur: Datuk Ramli MS mengakui terkesan atas berita pemergiaan penyanyi, Siti Sarah Raisssuddin pada pagi Isnin. Menurut Ramli lagi, dia juga tiada kata-kata disaat menerima perkhabaran tersebut lalu menzahirkan ucapan takziah buat Shuib seisi keluarga.
“Saya tiada ayat untuk menggambarkan berita itu. Malah di media sosial pun, saya tak buat apa-apa hantaran mengenai arwah. Saya cuma sampaikan doa serta ucapan kepada ahli keluarganya menerusi pengurus Allahyarham.
“Sebelum ini, Alyah ada beritahu saya mengenai keadaan dirinya ketika disahkan positif Covid-19 dan sebagainya. Saya berdoa mengharapkan yang terbaik.
“Kemudian, pihak Indigital Music, Watie ada hubungi dan maklumkan mengenai berita
pemergian arwah, sudah tentu saya terkejut. Saya pun sudah tua dan sudah pasti kita semua akan terima ‘bahagian’ kita juga cepat atau lambat.
“Cuma bagi saya, dia pergi dalam usia muda. Ia satu kehilangan terutamanya bagi Shuib dan anak-anak serta seluruh keluarga Allahyarham,” katanya kepada MH.
Tidak terlepas dalam mengucapkan sesuatu buat Allahyarham Siti Sarah
Ditanya sejauh mana keakraban bersama arwah yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) sebelum ini, Ramli mendedahkan, mereka sudah saling mengenai sejak sekian lama.
“Saya sudah kenali Siti Sarah agak lama iaitu dari zaman bapanya, Raissuddin Hamzah terlibat dalam seni lagi.
“Lalu kamu sangat terbuka untuk berkongsi apa sahaja termasuk soal muzik, mungkin kerana saya sudah mengenali lama bapanya terlebih dulu.
“Jadi bila darah seni diturunkan kepada arwah, sudah tentu kesinambungan itu merapatkan hubungan kami,” katanya.
Berkongsi sisi peribadi Allahyarham pada pandangan matanya pula, Ramli menjelaskan, dia melihat Siti Sarah sebagai artis yang berdedikasi.
“Saya bekerja dengan ramai selebriti sejak beberapa dekad lalu dan arwah aktif dalam industri lewat 90-an.
Sejujurnya bagi saya, dia seperti bayangan selebriti era 60-an punya ‘perangai’.
“Seorang yang komited, sukar untuk jumpa seorang penyanyi seperti Siti Sarah.
“Malah saya dan arwah serta suami pernah keluar makan bila selesai program Sepahtu Reunion. Ketika itu saya diundang sebagai artis jemputan.
“Bila nampak cara mereka berdua tu, layanan Sarah terhadap Shuib begitu taat dan akrab, berbeza dengan karektornya ketika membuat persembahan atau ketika Shuib tiada bersama arwah. Bagi saya Shuib bertuah,” katanya lagi.
Mengharapkan agar Shuib kuat selepas ini, Ramli juga percaya apa yang berlalu adalah aturan baik dari Yang Maha Esa.
“Shuib kena teruskan hidup. Suratan sudah pun diatur cantik Allah SWT. Terus fahami diri sendiri, orang lain dan menjadi bapa yang lebih kuat.
“Cepat atau lambat kita semua akan pergi juga. Kita doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.
KPWKM sedia membantu anak Allahyarham Siti Sarah
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) bersedia menyalurkan bantuan termasuk dari segi psikologi kepada anak-anak penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia, semalam.
“Bantuan itu tidak semestinya dalam bentuk kewangan tetapi dari segi emosi juga.
“Insya-Allah sekiranya diperlukan, kita sedia membantu anak-anak Allahyarham Sarah dan Shuib,” katanya selepas menziarahi keluarga Intan Iewanina di Flat Sri Perantau, di sini hari ini.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: HM
Leave a Reply