“Sempat pindahkan semua wang” Ibu tiri kenang permintaan terakhir arwah

Kuala Lumpur: “Pada hari dia dibawa ke hospital, arwah minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Allahyarham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian.

“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang s4kit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

“Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.

Ahli Perniagaan Berjaya

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.

Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi,arwah Siti Sarah menikah dengan Siti Fatimah Suberi  di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.

Siti Sarah menghembuskan naf4s terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

Terkesan Dgn Pemergian Menantu Kesayangan!! Ibu Mertua Mula Cerita  Amalan SitiSarah

ada minggu ini ternyata suasan masih lagi suram dengan kisah pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisudin selepas dijangkiti Covid-19. Meskipun sudah 4 hari Allahyarhamah pergi, namun orang ramai tidak putus-putus bercakap tentang kebaikan serta amalan yang dilakukannya selama ini.

Saya sayang sangat dia…Sepanjang dirawat, langsung tak dapat lelapkan mata selama 4 hari


Turut terkesan dengan kematian Allahyarhamah, adalah mentuanya Salamiah Jalani sempat berkongsikan kesedihan tersebut di ruangan TikTok. Sejak dari hari pertama mengetahui keluarga anak menantunya disahkan positif, wanita tersebut mengakui tidak senang duduk malah sukar untuk melelapkan mata.

Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 2

Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 3

Kami tahu Allahyarhamah di tempat yang baik…Itulah yang buat kami tabah
Meskipun seperti tidak percaya, namun dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T yang telah menjemput Siti Sarah terlebih awal. Dalam pada itu, Salamiah mengakui bersyukur kerana telah dipinjamkan dengan seorang menantu yang cukup baik selama 11 tahun. Jelasnya, hubungan mereka berdua agak rapat memandangkan Allahyarhamah sudah lama kehilangan ibu kandung.

Sedih Pemergian Menantu Tersayang, Ibu Mentua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah 4

Selalu bersangka baik, jaga hati keluarga dan sentiasa mohon maaf
Dedahnya lagi, sikap Allahyarhamah sama juga seperti orang lain meskipun dikenali sebagai penyanyi yang cukup hebat. Namun keperibadiannya layak dipuji apabila disifatkan sering bersangka baik dan menjaga hati keluarga dan orang tua. Tak cukup dengan itu, menantunya sentiasa memohon maaf jika berbuat salah. Tambahan lagi arwah tak lokek bersedekah mengikut kemampuan. Itulah jawapan yang diberikan Puan Salamiah apabila ditanya apakah amalan menantu beliau Siti Sarah selama arwah menjalani ke

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*