Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.

Kongsi Betty, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
Dia juga mengakui sudah lama tidak membaca kitab suci berkenaan.
“Sebenarnya ini semua saya untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah.
Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

“Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” kongsinya dalam sesi siaran langsung dalam Instagramnya beberapa jam lalu.
Tambah pemilik nama sebenar Norsha Rahmad itu, dia mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya.
Izara

Perkongsian terbaru Izara Aishah di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya tampil sopan dan bertudung labuh.
Menerusi entri itu, Izara berkongsikan beberapa keping gambarnya berhijab namun pelakon itu menutup ruangan komen posting tersebut.
Namun, timbul persoalan apabila pelakon itu bertindak memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram sekaligu mencetuskan spekulasi dikalangan netizen.

Baru sahaja dua jam dikongsikan, foto yang dimuat naik tanpa kapsyen itu meraih lebih 80,000 likes. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Izara.
‘Bantu saya terus istiqamah bertudung’ – Vicha Saywho
“Pemergian Siti sarah Betul-Betul Buka Mata Saya”

Leave a Reply