Lagu terakhir nyanyian bidadariku,” demikian kapsyen ringkas yang ditulis Shuib pada video nyanyian arwah isterinya, Siti Sarah yang dikongsikannya di YouTube pada pagi Jumaat.
Lagu nyanyian semula Tanpa Kekasihku (Agnez Mo) itu dilantunkan arwah Sarah dengan penuh perasaan dan emosi yang ketika itu lengkap bertelekung solat.
Kata Shuib, dia berkongsi semula rakaman itu kepada umum sebagai tanda kenangan akhirnya bersama arwah Sarah.
“Sengaja saya kongsikan video ni sebab saya takut video ni hilang dari simpanan saya.
“Jadi saya abadikan di dalam channel ini. Ini lagu terakhir nyanyian arwah pada 28 Julai 2021.
“Arwah yang beriya-iya minta saya rakam dia menyanyi, ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan satu perasaan yang sangat-sangat lain.
“Cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat istimewa,” tulis Shuib.
Tambahnya, lirik lagu terbabit juga membawa makna tersendiri dalam kehidupannya kini.
“Bila diamati bait lirik, ternyata ada sesuatu arwah cuba sampaikan…InsyaAllah arwah kini tenang di syurga,” tambahnya.
Namun dalambanyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin baru-baru ni. Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang. Besar betul dugaan untuk pasangan ini.
Allahyarhamah Siti Sarah kecundang setelah dijangkiti C0vid19 dan kemudian terpaksa ditidurkan kerana paras oksigen menurun yang boleh membahayakan nyawanya serta anak yang dikandungnya. Setelah bertarung nyawa melahirkan anak, melawan wabak akhirnya Sarah dijemput Ilahi.
Berat betul jari nak menaip tentang Allahyarhamah. Setiap kali teringat apa yang Shuib cerita tentang Allahyarhamah terasa sentap di hati. Bila tengok anak-anak mereka yang masih kecil automatik keluar juga air mata.
Sungguh pemergian Sarah memberi kesan kepada semua. Disaat kita semua sedang berjuang dengan C0vid19, ada anak yang kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, adik yang kehilangan abang dan kakak.
Pedih.
Kisah Di Sebalik Pemergian Siti Sarah
Hampir satu jam Shuib buat perkongsian, banyak dia cerita tentang kebaikkan Allahyarhamah. Setiap apa yang disampaikan memberi kesan dihati dan buat ramai buka mata. Itu aku yakin. Shuib juga tak malu nak mengaku segala kecuaian dan juga sikap acuh tak acuh dia tentang C0vid.
Shuib dah dapat dos pertama vaksin manakala arwah tak sempat untuk di vaksin. Ikut apa yang disampaikan Shuib, arwah memang menjaga dan faham bahaya C0vid19.
Menurut Shuib, mereka sekeluarga disahkan positif C0vid berpunca dari pembantu rumah mereka. Pembantu rumah dia keluar untuk buang sampah dan bersalam dengan kawan yang positif C0vid. Pembantu rumah dia juga telah meninggal dunia.
13 Pesanan Berharga Shuib Kepada Semua
Bagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. C0vid19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn.
#1 Sedekah
Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus. Antara pesanan Allahyarhamah tentang sedekah:
“Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah.
“Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.
#2 Isteri Solehah
Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Allahyarhamah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami.
#3 Jangan ambil Mudah tentang C0vid19
Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik.
#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit C0vid
Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit C0vid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Allahyarhamah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja.
Baca arahan KKM tentang kuarantin di rumah
Aku dah beli dekat Shopee. Standby satu dekat rumah. Korang nak beli cari yang elok sikit eh. Aku beli yang ni Fingertip Pulse Oximeter [MDA,CE & FDA Approved]
#5 Vaksin
Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk melawan wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu.
#6 Kejar Akhirat
Shuib banyak ingatkan tentang kubur, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan meninggal di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah.
#7 Amalkan Surah AlWaqiah
Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak.
#8 Pesanan untuk Suami
Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu.
#9 Jangan Sombong
Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi.
#10 Duit Tak berguna jika sakit
Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat.
#11 Solat berjemaah
Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga.
#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola
Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat.
#13 Sentiasa Bertaubat
Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”.
Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya.
Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami.
Aku yakin Allahyarhamah dah berjuang habis-habisan melawan yang termampu. Semoga syurga tempatnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia.
Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu berta4rung nyaw4 akibat C0VID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Anak mengaji, kem4tian Siti Sarah jentik hati Betty Rahmad berhijab
Pelakon Betty Rahmad berkongsi kisah penghijrahannya yang kini tampil dengan imej bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.
Kongsi Betty, 40, hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
Dia juga mengakui sudah lama tidak membaca kitab suci berkenaan.
“Sebenarnya ini semua saya untuk diri sendiri. Setiap kali solat, saya berdoa kepada Allah supaya jadikan diri saya seorang yang lebih baik, beriman dan diberikan hidayah.
“Semuanya terdetik ketika tengok anak pandai mengaji, manakala diri sendiri masih tidak berapa lancar. Sehinggalah saya mula menyertai kelas mengaji dalam talian bersama rakan pelakon, Nabila Huda,” kongsinya dalam sesi siaran langsung dalam Instagramnya beberapa jam lalu.
Tambah pemilik nama sebenar Norsha Rahmad itu, dia mula melatih diri dengan bangun tidur seawal pukul 4.30 pagi untuk mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat taubat, berdoa dan mengaji di balkoni rumahnya.
Setiap pagi, Betty membaca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah, namun terdapat satu ayat dalam kandungan surah Ar-Rahman yang benar-benar menjentik hatinya melakukan perubahan.
“Hati saya tersentak setiap kali membaca ayat ‘nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan?’. Setiap pagi saya ulang membaca surah yang sama.
“Setiap hari saya terfikir, alhamdulillah syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami baik dan penyayang, anak bijak dan bisnes yang masih berjalan pada waktu sukar begini sedangkan orang lain bergelut.
“Saya teringat kata seorang ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, jaga suami dan anak, jadi ibu yang baik. Saya pun dah jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik tapi ada yang tak cukup iaitu aurat,” katanya sambil sesekali mengelap air matanya.
Pemergian rakan artis Siti Sarah Raissuddin turut menjadi asbab buat pelakon itu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.
“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah. Tapi terlalu bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah kepada saya, semua urusan dipermudahkan, ada saja rezeki yang masuk,” katanya.
Kemunculan Betty dalam sesi siaran langsung sebentar tadi turut disertai dua kakaknya iaitu Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida yang terharu menyaksikan perubahan adik mereka
Leave a Reply