Selepas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin Buat 7 Tawaran, Ini Reaksi Pembangkang

Majlis Presiden Pakatan Haraoan (PH) yakin mereka mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi dan menyelamatkan rakyat.

Justeru, Majlis Presiden PH menolak tawaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan usul undi percaya diluluskan di Parlimen.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangi ketiga-tiga ketua parti komponen PH itu juga mendakwa tawaran Muhyiddin sebagai tidak ikhlas dan sepatutnya dibuat lebih awal.

“Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Tan Sri Mahiaddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau.

“Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.

“Sebaliknya, Pakatan Harapan memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19.

“Kami berkeyakinan bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian,” kata kenyataan tersebut.

PH juga mendakwa pengumuman khas Muhyiddin pada Jumaat itu merupakan pengakuan terbuka seorang perdana menteri yang telah kehilangan majoriti.
Gabungan tiga parti itu juga menegaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan dengan cara perdana menteri perlu meletak jawatan.

“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan Pembangkang.

“Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Majlis Presiden PH menolak tawaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan usul undi percaya diluluskan di Parlimen.

Ketika menyampaikan Utusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bi-partisan.

Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.

Sekurang-kurangnya, pertimbang tawaran untuk bertemu Muhyiddin – Tony Pua

KUALA LUMPUR: Sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat mengumpulkan sokongan majoriti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka tawaran dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Dalam satu tulisan di Facebooknya, Tony menjelaskan adalah wajar untuk pemimpin pembangkang mempertimbangkan untuk menghadiri pertemuan yang dicadangkan oleh Muhyiddin.

“Pandangan saya, jika kita tidak dapat kumpulkan sokongan majoriti untuk Ketua Pembangkang, kita perlu mempertimbangkan tawaran yang diberikan oleh Muhyiddin.”Beliau meminta untuk bertemu semua parti pembangkang untuk berbincang, Dan kita sekurang-kurangnya perlu untuk setuju menghadiri pertemuan itu.

“Lagi pun ia adalah untuk kepentingan rakyat, tidak ada yang merugikan,” katanya.

Tony juga menjelaskan sekiranya tawaran dari muhyiddin itu diterima, pembangkang mampu menyekat kumpulan kleptokrat dari kembali berkuasa.
Selain itu, jelas beliau dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin, pembangkang dapat meneruskan beberapa agenda seperti reformasi parlimen yang tidak sempat dilaksanakan.

“RUU tempoh dua penggal untuk Perdana Menteri. PH tidak dapat melakukan ini kerana kita tidak mendapat 2/3 majoriti. Tetapi sekarang, untuk RUU ini, jika PH dan PN boleh bersetuju, kita boleh meminda perlembagaan.

“Anti Lompat Parti. Jangan biarkan saya mulakan akar kepada segala masalah yang membawa Malaysia kepada krisis politik yang kita hadapi sekarang.

“Ya, Bersatu dan PN adalah merupakan tunjang segala aktiviti lompat parti. Tetapi jika tawaran itu ikhlas, dan saya percaya ia ikhlas kerana memerlukan sokongan kita, maka kita perlu merebut peluang untuk meluluskan akta anti lompat parti serta merta,” katanya lagi.

 

Sumber Facebook MPTonyPua

Ketika menyampaikan Perutusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.

Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*