“Mngkin Cara Allah Tegur kita..” – Naim Daniel

KEGANASAN rumah tangga dilap0rkan meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Kebanyakan kes berpunca daripada desakan kewangan dan tekanan hidup sehingga ada yang bertindak mencederakan pasangan atau ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, penyanyi Naim Daniel, 23, mengajak masyarakat mengambil contoh peneyanyi Allahyarhamah Siti Sarah yang sering menyebarkan elemen kasih sayang berkeluarga dalam media sosial.

Katanya, antara yang dilakukan Allahyarhamah kepada keluarga tercinta adalah menjaga suami dengan baik, sentiasa memasak untuk keharmonian keluarga di samping bijak memainkan peranan sebagai isteri serta ibu dan sebagainya.

Bagi Naim, kasih sayang yang disebarkan oleh arw4h patut dicontohi masyarakat bagi mengelakkan tekanan dalam tempoh PKP.

“Selepas pem4rgian Allahyarhamah Siti Sarah, kita dapat lihat semua rakyat Malaysia bersatu. Kita juga dapat melihat bagaimana tanggungjawab dan besarnya peng0rbanan Sarah.

“Kehilang4n Sarah telah membuka mata ramai orang untuk berkasih sayang. Selepas ni janganlah berasa segan untuk menunjukkan rasa cinta dan rekod sebanyak mungkin kenangan bersama keluarga.

“Mungkin ini (pem3rgian Sarah) adalah cara untuk Allah tegur kita agar sentiasa kembali kepadaNya. Pem3rgian Sarah boleh buka hati kita semua. Sama-sama fikir balik, apa yang kita tertinggal sebelum ini,” luah Naim Daniel sejurus lepas sesi bacaan Yaasin secara virtual bersama rakan-rakan artis dan media.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin juga mengaku antara pengalaman manis bersama Allahyarhamah Siti Sarah adalah, apabila diberi peluang mencipta lagu untuknya walaupun tidak sempat diterbitkan.

“Dia memberi kepercayaan kepada saya untuk mencipta lagu untuk dia. Dialah orang pertama yang betul-betul minta lagu secara terus dengan saya. Allah permudahkan.

“Kalau dengar lagu tu kita tahu ironinya tentang kehil4ngan. Sekarang, saya tak nampak ke mana lagi jiwa lagu itu selepas Sarah.

“Ayuhlah kita sama-sama berdoa agar arw4h dip3luk Allah dengan kemas dan berada dalam kalangan orang beriman,” ujarnya lagi.

Sumber:wilayahku via ig naimdanielx

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*