
Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.
“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya.Terdahulu pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya, sebelum bergerak ke Istana Negara.
Alif Syukri Mohon Jawatan PM
Dalam pada itu, usahwan terkemuka Dato Aliff Syukri telah memuat naik satu status dan borang permohonan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 9
“Kalau ada rezki tak kemana Doakan semuanya di permudahkan” tulis Aliff syukri di IG milik beliau
Aliff Syukri Sedih Tak Ada Pembeli Nak Beli Rumah Harga RM6 Juta, Terpaksa Tukar Plan Untuk Disewa
Terdahulu Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, 34, terpaksa membatalkan hasratnya untuk menjual kediaman mewah miliknya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Menurut Aliff, keputusan itu berubah disebabkan dia tidak mendapat sambutan daripada pembeli kerana rata-ratanya tidak berkemampuan untuk membeli rumah yang berharga RM6 juta itu.
“Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni.
“Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni. Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished),” tulisnya.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Aliff memuat naik beberapa keping foto menunjukkan ruang yang ada di dalam kediaman berkeluasan 3 ribu kaki persegi itu.
Susulan itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur akan menyewakan rumah tersebut dengan harga sewa yang diberi diskaun.
“Disebabkan pembeli tak ada, saya rasa nak sewa sahaja rumah ini pada harga murah-murah. Kepada anda yang nak, sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM 28,000. Sebab musim Covid saya bagi 45% -50% diskaun.
“Rumah ni betul-betul bawah Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai.
“Memang senang dan yang paling seronok pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam. Nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion, nak tengok wayang turun bawah saja,” tulisnya lagi.
“Terima Kasih Rakyat Malaysia” – Petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perjumpaan perpisahan bersama pegawai Pejabat Perdana Menteri pagi tadi
Muyhiddin maklum beliau kehilangan kepercayaan majoriti dewan rakyat, seluruh jemaah menteri letak jawatan.
Muhyiddin maklumkan telah persembah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri kepada Agong hari ini
Tindakan saya selaras dengan sumpah jawatan untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan pertahankan Perlembagaan – Muhyiddin
Ikhtiar selamatkan kerajaan Perikatan Nasional tidak berhasil disebabkan ada pihak rakus rebut kuasa – Muhyiddin Yassin
15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepada saya dan cadangan persefahaman rentas parti turut ditolak parti pembangkang – Muhyiddin
Muhyiddin Yassin mohon maaf atas kekhilafan sepanjang menjadi Perdana Menteri
Ini hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya redha dengan ketentuan Ilahi – Muhyiddin Yassin
Muhyiddin harap kerajaan baharu segera dibentuk supaya pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa
Muhyiddin rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus uruskan COVID-19
Tempoh dua bulan ke hadapan sangat penting, negara dalam proses capai imuniti kelompok – Muhyiddin
Jawatan PM bukan kemegahan, tetapi bebanan dan tanggungjawab berat kerana disandang dalam keadaan pandemik COVID-19 – Muhyiddin Yassin
Muhyiddin optimis negara akan keluar dari krisis pandemik COVID-19 dalam masa terdekat
Muhyiddin nyatakan tak akan sekongkol dengan kumpulan kleptokrat, tidak ganggu badan kehakiman, belakangi perlembagaan semata-mata untuk kekal kuasa
Muhyiddin harap dasar-dasar kerajaan yang baik akan dikekalkan pada masa akan datang
COVID-19: Muhyiddin jamin semua rakyat Malaysia akan divaksin menjelang hujung tahun ini, lebih banyak ny4wa akan diselamatkan
Leave a Reply