Respon Dato Sri Anwar Selepas Dapat Tahu Dato Sri Ismail Sudah Cukup Majoriti Untuk Jadi Perdana Menteri?

Semua wakil politik dilihat telah mencapai satu persefahaman konsensus untuk menghentikan cara politik lama.
Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Jelas Ketua Pembangkang itu, kesemua wakil politik yang hadir diminta memberikan pandangan masing-masing dalam mencari titik penyelesaian kepada kemelut politik ketika ini.

“Tetapi semuanya nampak ada satu persefahaman konsensus untuk menghentikan politik lama yang melelahkan dan membosankan dengan cara pelanggaran dan hukum, dan kita harus menjurus semula ke arah membangunkan (negara),” katanya kepada media di pekarangan Pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Anwar berkata Agong turut bertitah agar bekerjasama untuk menangani masalah COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Jadi isu bukan sahaja mengenai pelantikan seorang perdana menteri baharu, yang turut ditekan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk mengagaskan satu bentuk politik baharu yang aman dan damai untuk rakyat.

“Yang di-Pertuan Agong turut memberitahu mengenai lunas-lunas Perlembagaan, cari calon Perdana Menteri yang dapat majoriti sokongan Ahli Parlimen, tetapi politik perlu berubah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kepada BH hari ini.

Beliau berkata, Istana Negara juga akan mengeluarkan kenyataan itu dalam masa terdekat hari ini.

“Benar, hari ini akan keluarkan kenyataan selepas jam 12 tengah hari, Insya-Allah,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*