Ebit Lew dedah sebab sebenar dia dipanggil ke Bukit Aman

Pendakwah terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan sek.sual di Bukit Aman di sini sebentar tadi.

Beliau dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” ujarnya kepada pemberita di lokasi sebentar tadi.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jena.yah Sek.sual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berkenaan kes fitnah yang melampau terhadap dirinya.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Fitnah yang saya terima ini begitu kej4m dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai m44i,” katanya disini hari ini.

Ebit Lew dipanggil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan g4ngguan sek.sual.

Seksyen sewajarnya terhadap siasatan Ustaz Ebit Lew belum diputuskan

Kes pertudu.han ke atas pendakwah terkenal, Ebit Lew di bawah siasatan dan belum dinyatakan seksyen sewajarnya.

Perkara itu dinyatakan peguam Ebit Liew, Datuk Hasnal Rezua Merican yang menegaskan setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan, namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk sias4tan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Sumber : Kosmo Online / Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*