Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9, Ini Harapan D4P Kepada PM Baru

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada jam 2.30 petang.

Ismail Sabri kemudian menandatangani dokumen-dokumen berkaitan sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebelum istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Yang turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dengan nada perdamaian, DA.P harap Ismail akan libatkan pembangkang

Dengan nada perdamaian, DAP berkata tugas utama Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru adalah menyatukan semua pihak dalam per4ng melaw4n wab4k Covid-19.

“DAP mengucapkan tahniah kepada Ismail atas pelantikannya sebagai perdana menteri kesembilan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Tugas utama Ismail adalah menyatukan semua rakyat untuk memperbaiki kegagalan dan kesilapan dalam memerangi Covid-19 yang telah menyebabkan 13,713 kem4tian dan 1,513,025 jangkitan.

“…Serta membantu rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan dengan mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, Ismail juga perlu sentiasa sedar bahawa dia adalah perdana menteri untuk seluruh rakyat dan perlu berkhidmat serta melindungi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP Teresa Kok turut menyucapkan tahniah kepada naib presiden Umno itu.


Dia mengakui bahawa PH telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen yang cukup bagi menubuhkan kerajaan baru namun tidak berjaya.

“Saya memang rasa sedikit sedih tetapi perasaan ini lenyap bila saya mula bincang masalah rakyat dan kawasan dengan pembantu saya dan pemberita, dan lihat kes baru Covid-19 hari ini (semalam) mencapai angka yang paling tinggi, iaitu 23,564 kes sementara 233 Covid m4ti.

“Rakan-rakan ahli parlimen PH juga mula bincang isu yang kami akan bangkit dalam sidang Parlimen yang akan datang,” katanya lagi.

Teresa menyuarakan harapan agar Ismail menjadi seorang perdana menteri yang sanggup bekerjasama dengan pihak pembangkang, terutama dalam usaha menangani Covid-19.

“Dia haruslah tunjukkan dirinya sebagai seorang pemimpin untuk semua warga, dan seorang yang ada visi dan misi,” katanya lagi.

Teresa juga menggesa Ismail menjelaskan sama ada kerajaan di bawah pimpinannya adalah kerajaan BN atau Perikatan Nasional (PN).

Ismail dijangka mengangkat sumpah jawatan hari ini.

DAP merupakan parti pertama yang terlibat dalam rundingan tidak rasmi dengan Muhyiddin Yassin berkenaan kemungkinan mencapai perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA).

Bagaimanapun, langkah itu mendapat kritikan di peringkat akar umbi dan kepimpinan PH akhirnya menolak tawaran yang dikemukakan.

Segelintir ahli parlimen DAP – seperti Tony Pua (Damansara) dan Ong Kian Ming (Bangi) – turut menyuarakan kebimbangan pemimpin Umno yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah mengambil kesempatan terhadap kedudukan Muhyiddin yang lemah.

Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu kemudian setuju untuk menyokong Ismail sebagai perdana menteri dengan syarat tiada pemimpina yang berdepan tuduhan jenayah dilantik ke dalam kabinet.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*