Sudah lama mengulam kasih dan mengikat tali pertunangan, rupanya Elisya Sandha dan Uzair Haqimy turut selamat bernikah pada hari ini.
Pelakon, Elisya Sandha , selamat bernikah dengan pasangannya,anak sulung kepada Jinggo iaitu Uzair Haqimy.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon wanita tersebut menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya. Daripada perkongsian Alha Alfa, lelaki itu yang dipertanggungjawab untuk menyolek Elisya bersempena hari berbahagia ini.
Malah kakaknya, Fasha Sandha turut berkongsi klip pendek yang merakamkan pernikahan ringkas di antara pasangan pengantin baru itu.
Alhamdulillah, tahniah buat pasangan merpati dua sejoli ini
Sebelum ini
Mengikat tali pertunangan dengan anak sulung kepada Jinggo dan Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, pelakon Elisya Sandha yakin tidak off market jika berkahwin pada usia muda.
Menurut pelakon berusia 22 tahun itu, jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah dan selagi dia tidak putus untuk berusaha tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Bagi saya kalau jodoh nak sampai, kenapa kita nak tunggu. Sebab kalau asyik tolak jodoh jadi andartu pula.
“Eventually, orang akan tetap cari pasangan hidup dan pasangan saya sampai awal. Jadi saya tak rasa off market pun,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam perkembangan lain, Elisya dan tunangnya, Haqimy kini sedang menjalankan perniagaan makanan lemang, rendang dan laksa. Ujarnya, mereka mengguna hasil pendapatan itu untuk mengumpul duit kahwin.
“Kami cuba cari cara untuk dapatkan pendapatan, jual lemang dan laksa untuk kumpul duit kahwin. Jadi itulah motif kenapa kami berniaga sepanjang MCO.
“Kami saling bantu sama lain dan alhamdulillah ini mungkin rezeki nak kahwin. Hari-hari order banyak dan kami sangat bersyukur,” katanya.
Elisya mengikat tali pertunangan dengan Uzair Haqimy pada Januari lalu dan dijangka akan mendirikan rumah tangga pada awal tahun depan.

sumber : rotikaya
Leave a Reply