[VIDEO] “Pakcik dh lma tak makan..” Wanita Seb4k, Pakcik ‘H0meless’ Ucap Terima Kasih Beri..

Setiap kali kita rasa susah, sebenarnya ada yng lebih susah dalam menghadapi kehidupan ini. Mana tidaknya, dengan kehi.langan pekerjaan dan tiada pendapatan, sesiapa sahaja boleh berada di titik terendah dalam hidup mereka ketika ini.
<Beri aiskrim kepada pakcik gelan.dangan

Menerusi satu perkongsian yang tular, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @mirashafiee telah memuat naik satu video seorang lelaki yang dilihat  sangat menikmati aiskrim di tepi kaki lima.

Menurut pengguna Twitter tersebut, pada awalnya dia ada membeli aiskrim lebih di kedai dan apabila melihat pakcik berkenaan, dia terus memberikan kepadanya.

Apa yang mengharukan adalah ucapan terima kasih dari pakcik tersebut yang turut memaklumkan bahawa dia sudah lama tidak makan aiskrim.

Apabila ditanya tinggal dimana, dia memaklumkan yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di tepi-tepi premis perniagaan.

Bersyukurlah kita masih ada makanan untuk dimakan

Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai yang berasa se.bak apabila melihat pakcik berkenaan benar-benar menikmati aiskrim yang diberikan.

Beberapa  pengguna media sosial juga turut bertanya lokasi pakcik berkenaan berada dan ingin membantunya bagi menghulurkan sedikit sumbangan.

Ada yang nak bantu

Ada juga yang jenis demand

Sumber: Twitter 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*