“Khairy adalah antara yg paling berjaya” A Kadir Jasin Mula Pers0al Jika kabinet Ismail Sabri Hebat

Apabila Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri kesembilan pada 20 Ogos lalu, beberapa penganalisis membayangkan ramai muka baru akan dilantik naib presiden Umno itu ke dalam kabinet.

Sebagai perdana menteri baru, Ismail dikatakan mampu menjernihkan imej ‘kerajaan g4gal’ pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Pun begitu, pengumuman senarai kabinet selepas seminggu pelantikannya sebagai perdana menteri dikritik beberapa pihak sebagai ‘kitar semula’ jemaah menteri pentadbiran PN sebelum ini.

Menurut wartawan veteran A Kadir Jasin, barisan kabinet Ismail “tidaklah lebih baik atau meyakinkan berbanding kabinet lama terajuan Bersatu.”

“Ia sekadar kitar semula kabinet Muhyiddin dengan sedikit eksperimen iaitu membawa masuk beberapa orang pemimpin t0ksik dari parti Umno.

“Ya, kitar semula sisa adalah baik. Ia membantu membersihkan alam sekitar. Tetapi ada sisa yang terlalu k0tor dan t0ksik untuk dikitar semula umpamanya sisa nukle4r,” katanya sinis pada hantaran di media sosial.


Gambar fail, Ismail dan Muhyiddin.
Itulah sebabnya kata Kadir, hanya Khairy Jamaluddin saja yang dilihat menonjol dan menarik perhatian banyak pihak.

“Kalau kabinet Ismail Sabri ini hebat dan menyerlah, tentulah bukan Khairy Jamaluddin seorang saja yang menarik minat pengulas dan penggiat media sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, Kadir memetik nama menteri ‘kitar semula’ yang didawanya gagal menguruskan pandemik Covid-19 tetapi masih dikekalkan dalam kabinet seperti bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

Jelas Kadir lagi, banyak pengulas dan peserta media sosial memberi komen yang positif dan meletakkan “harapan tinggi” kepada Khairy sebagai menteri kesihatan baru.

“Ini boleh jadi kerana daripada empat orang menteri kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terlibat terus dengan usaha mengawal pandemik C0vid-19,

“Khairy adalah antara yang paling berjaya walaupun bukan tanpa kontr0versi,” kata Kadir dalam ulasannya di Sinar Harian pula.

Katanya, walaupun pada awalnya terdapat beberapa kelemahan dan k0ntroversi dalam mengendalikan program vaksinasi negara, tetapi prestasi ahli parlimen Rembau itu sebagai menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) adalah cukup cemerlang sepanjang tempoh 17 bulan dalam kerajaan Muhyiddin.

Untuk rekod, walaupun jumlah besar kabinet Muhyiddin – dengan 70 menteri dan timbalan menteri – dikritik hebat sebelum ini, namun Ismail mengekalkan jumlah sama.

Bukan saja mengekalkan jumlahnya, Ismail juga mengekalkan hampir semua lantikan Muhyiddin.

Tidak termasuk Ismail, hanya lima menteri baru dilantik, 16 menteri dikekalkan portfolio manaka 10 lagi ditukar kementerian.

Bagi timbalan-timbalan menteri pula, hanya empat muka baru dilantik, sementara 23 lagi dikekalkan (termasuk portfolio sama) dan 11 lagi ditukar.

Terdapat juga ‘muka baru’ yang dibawa masuk ke dalam kabinet Ismail merupakan ahli parlimen yang pernah menjadi menteri ketika era BN dulu.

Antaranya, Shahidan Kassim yang juga ahli parlimen Arau dilantik mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Annuar Musa (Ketereh) yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

‘KJ role model terbaik, seorang menteri ada misi’

erdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia yang pastinya menjadi cerminan kepada pemilihan anggota Kabinet.

Pengekalan muka lama serta memperkenalkan muka baru adalah langkah untuk melicinkan segala perancangan kerajaan
sebelum ini.

Walaupun masih terdapat cakap-cakap belakang berhubung pemilihan anggota Kabinet yang tidak mempamerkan muka baharu namun resipi Perdana Menteri kali ini pastinya memberi fokus kepada pemulihan situasi pandemik serta merancakkan ekonomi negara.

Ikuti kupasan Kafe Ahad bersama Penganalisis Politik yang juga Ketua Kluster Governan dan Integriti Universiti Utara Malaysia (UUM) PROF DR AHMAD MARTADHA MOHAMED bersama wartawan MUHAMMAD SAUFI HASSAN.

Kabinet Keluarga Malaysia. Komen?

Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah seiring dengan hasrat beliau untuk mewujudkan pasukan yang terdiri daripada pemimpin pelbagai bangsa, agama dan negeri. Dengan menggabungkan pemimpin Melayu, Cina, India, dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, beliau mahupun Kabinet ini adalah manifestasi daripada demografi penduduk Malaysia.

Justeru, Kabinet yang dilantik ini adalah cerminan kepada Keluarga Malaysia iaitu konsep yang dibawakan oleh Perdana Menteri.

Secara tidak langsung, konsep ini memberi cerminan jelas berhubung kaedah paling sesuai untuk membawa negara keluar daripada situasi pandemik serta kemelut ekonomi iaitu dengan bersatu padu merentasi pelbagai ideologi politik serta kaum.

Objektif sebagai menteri perlu terang, jelas dan terperinci.

Tanggungjawab sebagai seorang menteri adalah jelas berdasarkan spesifikasi kerja di setiap kementerian.

Seseorang menteri itu adalah key decision maker dalam kementerian yang diterajuinya.

Beliau juga perlu menetapkan hala tuju kementerian yang mesti selari dengan dasar dan falsafah pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri baharu.

Sebagai contoh, Menteri Pendidikan perlu menetapkan dengan jelas dasar dan hala tuju pendidikan negara bagi memastikan semua warga kerja di bawah kementerian dapat memahami dan menghayati falsafah itu.

Ia seterusnya dapat menterjemahkan falsafah tersebut dalam bentuk tindakan untuk diimplementasikan dengan efektif dan efisien.

Saya melihat kepada barisan baharu ini adalah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau adalah role model terbaik seorang menteri yang mempunyai objektif jelas terhadap apa yang mahu dicapai.

Boleh dilihat ketika mengemudi kementerian terdahulu dan mengetuai jentera pengagihan vaksin, Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang mempunyai clear vision.

Ia penting bagi memastikan semua bekerja sebagai satu gerabak menghala arah tuju yang sama.

Apabila semua warga kerja dapat memahami dengan jelas hala tuju yang diinginkan oleh menteri, maka mereka akan berupaya melaksanakan segala arahan yang diberikan dengan baik.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein dua kali dilantik Menteri Pertahanan, pendapat Prof?

Pelantikan semula Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan adalah berdasarkan kebolehan dan pengalaman beliau mentadbir kementerian berkenaan.

Saya tidak terkejut beliau kembali ke portfolio lama beliau kerana daya kepimpinannya sememangnya terbukti, malah prestasi cemerlang beliau di Kementerian Luar juga dikagumi.

Masyarakat pasti dapat mengingati dengan jelas keupayaan beliau menguruskan tragedi kehilangan pesawat MH370 dengan pelbagai siasatan dan tuduhan yang dibuat oleh pihak antarabangsa.

Di samping itu, hubungan baik beliau dengan pemimpin luar negara juga aset penting terutamanya dalam mengekalkan hubungan dua hala antara negara.

Justeru, berdasarkan kekuatan personaliti beliau yang dilihat mampu bekerjasama dengan pelbagai pihak serta pengalaman beliau menerajui kementerian pertahanan sebelum ini, maka tidak hairanlah beliau sekali lagi diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri untuk mengetuai kementerian pertahanan.

Jumlah menteri kabinet masih besar, ia pasti ada kewajarannya?

Jumlah menteri kabinet yang besar dilantik adalah berdasarkan kepada pendekatan inclusivity.

Perdana Menteri dilihat mahu memastikan bahawa setiap parti komponen yang membentuk kerajaan pada hari ini diwakili dengan adil dan saksama.

Contoh, walaupun MCA hanya mempunyai dua ahli Parlimen namun Perdana Menteri melantik seorang menteri dan empat timbalan menteri.

Jumlah ini sebenarnya mencerminkan usaha Perdana Menteri untuk memastikan masyarakat Tionghua turut mempunyai perwakilan dalam kabinet.

Begitu juga dengan negeri Sabah dan Sarawak, peningkatan dalam jumlah lantikan sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri adalah manifestasi usaha beliau untuk kedua-dua negeri tersebut mempunyai perwakilan yang saksama dalam Kabinet.

Justeru, berdasarkan konsep inklusiviti ini adalah tidak dapat dinafikan sistem pengagihan menteri dan timbalan menteri daripada parti komponen yang membentuk kerajaan akan menjadikan saiz Kabinet agak besar.

Namun, adalah diharapkan jumlah Kabinet yang besar ini akan dapat berupaya membantu Perdana Menteri untuk mencapai agenda negara dengan lebih cepat dan berkesan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ada muka lama, ada muka baru. Harapan rakyat Malaysia kepada mereka amat menggunung. Perdana Menteri juga arahkan mereka untuk bekerja keras untuk rakyat.

Gandingan muka baru dan muka lama dalam Kabinet diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan program kerajaan.

Rakyat amat mengharapkan agar semua pemimpin yang dilantik ini dapat terus melaksanakan kerja mereka dengan lebih baik.

Ramai masyarakat sebelum ini mengkritik beberapa menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan.

Justeru, keupayaan untuk menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi dan produktif amatlah diharapkan oleh masyarakat umum.

Kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri perlulah diterjemahkan dalam bentuk kerja yang lebih berkualiti dan berprestasi tinggi.

Sepatutnya tidak akan ada lagi rungutan daripada masyarakat terhadap mana-mana menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Tempoh kerajaan yang ada yang tidak sampai dua tahun juga perlu dijadikan impetus oleh semua menteri dan timbalan menteri untuk bekerja dengan lebih kuat.

Walaupun Perdana Menteri meletakkan tempoh 100 hari sebagai penanda aras kepada keupayaan menteri untuk mencapai key performance indicators, tempoh tersebut bukanlah matlamat sebenar yang akan menguji prestasi dan kebolehan setiap menteri.

Yang paling utama sudah tentulah pencapaian segala program yang sudah dirancangkan dan perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan rakyat dapat menikmati faedah daripada program-program kerajaan.

Demi mencapai matlamat tersebut, maka setiap menteri perlulah bekerjasama bagi meningkatkan koordinasi dalam pentadbiran kerajaan.

Amalan budaya silo yang berlaku sebelum ini yang mana terdapat percanggahan dalam pelaksanaan arahan kerajaan perlulah dielakkan.

Kerjasama antara pelbagai kementerian yang berkaitan di samping kerjasama dengan negeri-negeri sama ada ditadbir oleh kerajaan atau pembangkang perlulah ditingkatkan demi mencapai matlamat dasar-dasar kerajaan.

Pembentukan jawatankuasa di dalam setiap kementerian perlulah dilaksanakan dan dianggotai oleh mereka yang pakar dalam bidang tertentu agar usaha kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 dan membangunkan semula ekonomi negara dapat dicapai dengan secepat yang mungkin.

Harapan rakyat untuk negara dapat mengatasi krisis kesihatan dan ekonomi adalah sangat tinggi dan harapan yang menggunung ini sudah tentulah perlu dipikul oleh semua menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik hari ini.

Penuhilah amanah dan kepercayaan rakyat ini dengan sebaik yang mungkin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*