Tular kisah wanita teman suami kahwin lagi. Kini sahabat baik pula tampil back up dan ceritakan hal sebenar apa yang berlaku.

Kisah seorang wanita yang menemani suaminya berpisah dengan ‘madu’ awal minggu ini sememangnya telah tular dan mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Pastinya hal tersebut viral susulan perkahwinan mereka juga pernah menjadi bualan tahun lepas selepas wanita tersebut meminang sendiri madunya untuk dijadikan isteri kedua buat suami.

‘Madu’ yang telah dipisahkan juga telah memuat naik perkongsian mengesahkan hal tersebut dengan alasan enggan ada sesiapa lagi salah faham mengenai hubungan mereka yang sudah pun terlerai. Terbaru Abdul Rashid, seorang rakan baik kepada bekas suami Ain Soleh tampil pertahankan sahabatnya khubaib Ramli menerusi satu hantaran di FB. Menyertakan hadis nabi terdahulu sebelum menceritakan perihal Ain

Hikmah Perkahwinan

Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan institusi kekeluargaan dan ia sangatlah digalakkan di dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk memenuhi keperluan fitrah manusia, mengembangkan masyarakat Islam serta mewujudkan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Galakan Islam terhadap perkahwinan agar mendapat banyak kebaikan dan faedah daripadanya.

Ini seperti hadis daripada Abdullah bin Amr RA, sabda Nabi SAW:
الدُّنْيَا مَتَاعٌ، وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim (1467). Begitu juga, suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan.

Ini diperumpakan di dalam al-Quran, firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (Surah al-Baqarah, 187)
Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/274)

Terdapat pelbagai Nas al-Quran dan Sunnah berkenaan nafkah di antaranya, Firman Allah SWT:
لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّـهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّـهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Maksudnya: Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(Surah al-Talaq, 7) Pertama: Perempuan yg baik dan solehah sentiasa mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah SAW ditanya, “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.

” Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.

Tidak Bersyukur, live menceritakan aib suami

Oleh yang demikian, ain menampakkan dirinya tidak pernah bersyukur dan sering meminta lebih daripada keperluan dirinya. Ayatnya dalam live yg saya ikuti ketika dia menyebut ustaz takda apa2 pon,ini menunjukkan berkaitan harta.. Meminta lebih dari keperluan bermakna siapa yg salah?? Sebagai contoh menceritakan keadaannya tinggal dlm office, duduk di rumah sewa, rumah kak syila besar.. Bagaimana harus setanding?? Dia orang baru kot..

Kedua: Suka menyakiti hati suami.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berz1na atau membnvh anak atau kafir?” Baginda menjawab, “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengtvkmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Mencarvt tentang suami dalam live 

Dalam hal ini ain telah byk menyakiti hati suaminya dan madunya di dalam live, riak wajah ain tidak mempunyai masalah , tersenyum gembira dalam live itu sambil menceritakan aib suaminya dan madunya dan ada kala mengeluarkan kata2 mencarut ttg suaminya dlm keadaan gembira.. Cuba saudara warganet hayati kembali caranya bercerita dalam live tu.. Adakah ain ini mempunyai ciri-ciri wanita beriman yg hadis jelaskan??? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.. Hanya orang yg menyaksikan live ain akan mengetahui cara bagaimana ia bercerita..

Menceritakan hal rumahtangga dalam live

Dannnnnnn…. Sy sendiri mengikuti live di ig ain, dia menceritakan segala hal rumah tangga kpd khalayak, memburukkan suaminya dan madunya, kerana itu ustaz terpaksa menyatakan perpisahan secara terbuka.. AIN YG MEMULAKAN NYA SECARA LIVE SAUDARAKU.. FIKIRKANLAH, SUAMI MANA YG TIDAK HILANG PERTIMBANGAN MENGHADAPI ISTERI SEDEMIKIAN.. SAYA TABIK KAK SYILA, TETAP TENANG HADAPI UJIAN INI.. bygkan saudara, pasti ada perkara lain tersembunyi di hati ain, wajar kah ain disanjung tinggi sebagai ISTERI SOLEHAH??

HATI2 DENGAN FTNAH WANITA, LEMBUTNYA MEREKA BOLEH MENYEBABKAN RAMAI BERSIMPATI

Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita solehah iaitu menunaikan solat fardu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya.

Pesan untuk para isteri:

“Sekalipun suamimu tidak baik, tetapi kau masih boleh menjadi wanita yang solehah dengan mentaati perintah dan kehendaknya yang tidak menyalahi syariat. Lihatlah betapa Siti Asiah boleh menjadi isteri yang solehah walaupun suaminya (Firaun) adalah sejahat-jahat manusia. Selagi dia menyuruh kepada kebaikan… walaupun dia bukan orang yang baik, kau wajib taat.”

Kenal sahabat sejak sekolah, seorang yang baik

“TAPI USTAZ BUKAN ORANG YG TAK BAIK.. SAYA KENAL DIA DAN BERSAHABAT DENGANNYA DR TINGKATAN 4, BELIAU MMG ORG YG TEGAS TAPI TIDAK JAHAT SEPERTI YG AIN GAMBARKAN..
BOLEH TAK KORANG FIKIR SECARA ORANG2 SOLEH??? MULUT DALAM LIVE AIN MENCARUT PON KORANG WARGANET BOLEH PERCAYA?? HUH SUNGGUH HEBAT
DUNIA INI..”

Apakah ciri-ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut adalah di antara ciri-ciri atau tanda-tanda isteri derhaka.

Meminta kesempurnaan dalam rumah tangga.. Tiada satu pun di dunia ini sempurna kejadiannya. Hanya Allah sahaja yang sempurna kerana Dia Maha Pencipta segalanya. Meminta sesuatu yang sempurna dalam rumahtangga akan membebankan suami walaupun dia telah sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada isteri.

Selalu ini terjadi apabila isteri melihat kekurangan diri berbanding orang lain. Contohnya gaya hidup orang lain yang dilihat dalam sosial media, televisyen, majalah dan lain-lain.

Suami boleh tidak menyediakan nafkah isteri apabila isteri disahkan oleh mahkamah sebagai isteri yang nusyuz seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 60 (2) tertakluk kepada hukum syarak dan pengesahan mahkamah iaitu seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya iaitu:

a. Apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya. b. Apabila dia Tinggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya. c. Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

KALAU SAYA SEBAGAI LELAKI, BELUM MASUK MHKAMAH PUN SY BERSIKAP SEPERTI USTAZ.. NAK BAGI PUN KALAU MAHKAMAH YG MINTA SY BAGI.. INI YG TERBAIK KITA SARA DIA, DIA H1NA KITA DALAM DUNIA LIVE KEHIDUPANNYA.. LOGIKLA SIKIT SAUDARA..

Perpisahan dengan isteri terdahulu juga kerana cembvru

Kesimpulan perpisahan.. Dikeranakan sy merupakan sahabat kepada ustaz sy juga mengambil bahagian sebagai warganet dalam hal ini.. Perpisahan ini berlaku disebabkan 1 saja alasan iaitu “cembvru”.. Perpisahan dgn isteri pertama berlaku kerana cembvru, bukan hal2 lain.. Bukti dpt kita lihat apabila ustaz mgharungi rumahtangga dgn aman damai sehingga dikurniakan 6 anak hasil drpd perkahwinan mereka.. Krisis mula berlaku apabila wujudnya isteri kedua.. Inilah bukti ustaz menjaga keluarganya dgn baik sebelumnya sehingga mhkamah pon membenarkan hak penjagaan 5org ank kpdnya dan 1org kpd bekas isterinya..hari ini Anak yg sepatutnya brda dlm jagaannya juga tidak dihantar blk kepadanya..

Saya sedih, warganet meny3r4ng ustaz tanpa bukti ttg hal penjagaan anak, dituduh sebelum ni tak bg melawat ank dan sebagainya.. Pdhal mereka yg tidak faham situasi..

Suami sedang bina rumah untuknya

Perpisahan kedua dgn Ain juga berlaku kerana sikap cembvru terutama berkaitan harta dan madunya.. Tahap pertama Ustaz membina keluarga dahulu secara perlahan2 membangun, bukan lahir2 dalam gudang duit, seharusnya ain juga perlu bersabar kerana ustaz sedang membina rumah untuknya, membeli kereta utk nya.. Ain cemburu lebih, kalau ain nak bandingkan dgn kak syila tak mungkin.. Kak syila mempunyai kerjayanya sendiri, duitnya sendiri pon dah cukup utk dia boleh hidup lebih dari ain.. Perpisahan dgn ain juga berlaku bukan bermula dari ustaz, tapi ain yg mulakan dgn memburukkan ustaz dan madunya dalam live yang saya sentiasa ikuti.. Kalau ustaz perangai buruk tak mungkin ustaz akan bina rumah utk ain.. Logik lah sedikit wahai warganet!!!

Satu persoalan yg warganet harus renungkan, seorang perempuan muda seperti ain, mempunyai kekuatan dlm perpisahan pertama beliau, mungkinkah ain tidak mempunyai tumang harapan drpd orang lain??? Dalam live keluar mhkamah pon ada menyebut “boyfrend gua dah masuk”.. Fikirkanlah… Saya juga makan garam lebih dahulu daripada adik2 media sosial ini.. Hayati lah, renungkanlah.. Pendedahan beliau turut dikritik warganet kerana membuka aib dan juga mencampuri urusan rumah tangga kawan sendiri.

sumber : Abdul Rashid

Wanita ini kongsikan perjalanan suami lepaskan madu. Tak boleh berdiam sekali bekas madu tampil dedahkan punca sebenar mereka berpisah.

Baru-baru ini di laman Facebook, kecoh apabila satu perkongsian mengenai seorang isteri yang pernah masuk meminang untuk suaminya kini menemani suaminya untuk berpisah pula.

Melalui perkongsian tersebut, wanita berkenaan menemani suaminya menuju ke mahkamah bagi menjalankan urusan mahkamah. Bagaimanapun tindakannya itu mengundang rasa kurang senang di kalangan warganet kerana seolah-olah meraikan berita tentang perpisahan tersebut.

Beberapa individu turut menyingkap kembali kisah wanita berkenaan namun wanita tersebut sehingga kini dilihat tidak menjawab sebarang komen yang ditinggalkan. Untuk pengetahuan anda, kisah mengenai pasangan ini satu ketika dahulu pernah viral kerana isteri sendiri yang pergi meminang untuk suami.

Namun apakan daya, jodoh ketentuan bukan kita yang aturkan. Sementara itu, bekas isteri lelaki berkenaan turut memuatnaik status terkini mengenai hubungan mereka. Melalui kenyataan dengan akaun Facebook Ain Soleh itu,

dia tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan selain memohon agar ‘pihak sana’ tidak memuatnaik gambar perkahwinan bersama bekas suaminya sebelum ini. Melalui kenyataan Ain, dia dan bekas suami sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung seterusnya membuatkan dia mengambil keputusan untuk berpisah.

Tambahnya lagi, dia berlapang dada dengan perkara yang terjadi dan tidak menyimpan dendam pada sesiapa. Ternyata pelbagai reaksi yang diterima di ruangan komen malah ada yang merasakan kisah keruntuhan rumah tangga sebegini tidak sepatutnya dikongsikan di laman sosial.

Apa pun, biarlah hanya pemilik badan sebenar yang menyimpan kisah peribadi dan punca perpisahan mereka. Semoga perkara ini juga menjadi iktibar buat semua. Sumber: GulaPop

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*