Ellie Suriaty Akhirnya Mengaku Pelajar Buat Lap0ran P0lis TakNak Ambik Vaksln Anak Dia

Lebih setahun dunia dilanda pandemik, namun masih ada yang menolak untuk mengambil vaksin bagi mengekangnya sekaligus membantu melindungi orang di sekeliling mereka.

Berikutan pemberian vaksin bagi pelajar sekolah lingkungan 12 hingga 17 tahun yang bakal dilaksanakan nanti, dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka menolak pelaksanaan tersebut baru-baru ini.

Memberikan alasan risau dengan dirinya dek imunisasi yang tiada jaminan kerajaan, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, nekad membuat laporan tersebut.

Katanya, dia mempunyai hak untuk menolak dijadikan bahan ujian selain menyatakan jikalau ada perkara negatif yang berlaku, dia dan keluarga yang terpaksa menanggungnya.

Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang r.isiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin yang masih lagi pada tahap ujian klinikal.

Tambah remaja itu lagi, terdapat pelbagai kaedah rawatan lain yang boleh dijadikan alternatif seperti pendekatan tradisional secara holistik iaitu rawatan h.omeopathi serta makanan sunnah yang sudah menjadi amalan keluarganya.

Bukan sahaja Azrell, laporan itu turut dibuat oleh adiknya Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17. Mereka ditemani oleh ibunya, Ellie Suriaty Omar.

Selain itu, Azrell masih terdapat pelbagai kemusykilan mengenai vaksin yang belum terjawab selain kandungannya yang patut dipersoalkan dan perlu dijalankan kajian yang lebih mendalam.

Menurut remaja itu, keluarganya juga masih belum mendapatkan vaksin sehingga kini kerana mereka mempunyai hak untuk menentukan sama ada mahu ataupun enggan mengambilnya.

Dalam pada itu, Azrel menegaskan laporan itu dibuat mengikut kewarasan akalnya sendiri dan tanpa paksaan sesiapa pun.

Bahkan dia sudah mendapatkan pelbagai informasi berkaitan vaksin dan C0VID 19 menerusi carian internet, daripada luar negara serta maklumat daripada ibu dan juga kenalannya.

Dari situ saya dapat menilai sendiri segala maklumat berkaitan pemberian vaksin yang diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin.

Reaksi Dari Ellie Suriaty

Ya mereka anak saya, Azrell 17 tahun dan Nur Azreen 12 tahun bersama seorang sahabat mereka Hanif 17 tahun telah membuat report polis sebagai covering report berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimental c0vid19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12 – 17 tahun.

Saya mendidik anak-anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan Fitnah Akhir Zaman. Nilai kehidupan tidak boleh di beli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas. Tauhid. Harapan hanya Pada ALLAH SWT. ALLAHUAKHBAR. Semoga ALLAH SWT Melindungi anak-anak kita semua…Al – Min Ya Rabbal ‘Alamin.


Sumber: Online Malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*